DATUK IDA SURAYA CIPTA SEJARAH BUAT MALAYSIA

February 14, 2018

 

Langkah perjalanan wanita 'besi' ini mencipta nama dipentas peragaan fesyen antarabangsa bukan mudah. Banyak liku dan jatuh bangun terpaksa beliau harungi demi mengangkat jenama busananya setanding jenama mewah yang diperagakan dipentas peragaan antarabangsa. Pernah sekali beliau ditawarkan peluang untuk turut serta dalam Minggu Fesyen New York, namun tidak menjadi kenyataan. Namun itu bukan menjadi pematah semangat baginya. Dalam diam beliau bangun dari kegagalan tersebut.

 

Kini, pemilik jenama fesyen, Bianco Mimosa, Datuk Ida Suraya Mustapha mampu tersenyum kerana telah mencipta sejarah apabila dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat Minggu Fesyen Antarabangsa Dubai (IFWD), Emiriah Arab Bersatu selama tiga tahun berkuatkuasa bulan lalu.

Pelantikan itu menjadikan Ida Suraya muncul sebagai pereka fesyen pertama tempatan dan negara ASEAN berjaya menduduki jawatan tertinggi bagi minggu fesyen yang terkenal dalam kalangan industri fesyen di seluruh dunia itu.

Sebagai Ahli Lembaga Penasihat, wanita berusia 46 tahun itu akan menjadi juri untuk semua pertandingan dan anugerah selain bertanggungjawab merangka pembangunan perniagaan fesyen di dunia merentasi Dubai hingga ke kota fesyen di Paris, Perancis.

Ida Suraya juga bertanggungjawab memilih pereka fesyen yang akan memasuki minggu fesyen dan akan muncul dalam semua sidang media di seluruh dunia.

 

BACA | TONGKANG YARD KINI ADI BUSANA
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Saya berasa terharu namun bangga dan gembira dengan pelantikan ini kerana dapat membantu nama Malaysia di mata dunia dalam industri fesyen antarabangsa,” katanya.

Datuk Ida Suraya merupakan anak kelahiran Alor Star, Kedah dan anak perempuan bongsu daripada lima adik-beradik bukan berasal daripada keluarga berada.

Arwah bapanya merupakan bekas pengusaha bengkel kereta manakala ibunya pula bekas jururawat. Kehidupan beliau ketika kecil juga agak sukar kerana ibunya terpaksa mengambil alih tanggungjawab menanggung keluarga selepas arwah bapanya lumpuh selama lapan tahun sebelum meninggal dunia ketika Ida Suraya berusia 11 tahun.

Pemegang jazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan elektrik, elektronik dan sistem di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mula berkecimpung dalam dunia fesyen pada tahun 2012 apabila menubuhkan perniagaan baharu iaitu fesyen dengan mengasaskan jenamanya sendiri iaitu Bianco Mimosa.

Beliau kini merupakan Pengarah Urusan, Mutiara Gemilang Engineering Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat kejuruteraan tempatan yang turut beroperasi di luar negara. |MYBUZZ
 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.