“Janji Zehan”, Keunikan Cinta Dua Benua Di Kala Menuju Destinasi Cinta Yang Hakiki

February 14, 2018

Pelakon wanita popular, Nur Fazura, buat julung kalinya bergandingan dengan pelakon berbakat besar dari negara Timur Tengah, Amir Rezazadeh.

 

 

‘Janji Zehan’ merupakan naskhah terbaharu arahan sutradara hebat, Bernard Chauly dan Zabrina Fernandez, yang telah bersiaran di Astro First Eksklusif Saluran 480 dan platform digital ‘on demand’ mulai hari ini, 14 Februari 2018 (Rabu) .

 

Mengisahkan tentang percintaan dua individu yang baru berkahwin dan berbeza latar belakang, bahasa serta budaya, ‘Janji Zehan’ turut mengangkat keindahan panaroma negara Timur Tengah; Iran, dan keunikan budaya masyarakatnya yang masih mengekalkan tradisi lama dalam kehidupan moden hari ini.

 

Keseluruhan sesi penggambaran filem televisyen (FTV) ini telah dijalankan di negara tersebut dan mendapat sokongan dari Kementerian Pelancongan Negara Iran dan Kedutaan Besar Republik Iran di Malaysia. Syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia, AirAsia turut hadir sebagai rakan penaja untuk penerbitan ini. 

Galeri | Belakang Tabir " Janji Zehan" -Fazura

 

Sinopsis
 

Janji Zehan’ mengisahkan tentang Zehan (lakonan Nur Fazura), seorang penerbit TV yang berjaya dan Arman (lakonan Amir Rezazadeh), seorang usahawan makanan berasal dari Iran, yang baru mendirikan rumahtangga dan kini dalam perjalanan menuju ke negara Timur Tengah itu untuk percutian bulan madu dan mencipta sebuah pengalaman romantis dalam fasa baru hidup mereka.  

 

Namun begitu, pengalaman malam pertama mereka tidak seperti yang diharapkan. Kedua-dua mereka mula menyedari akan kekurangan masing-masing, dan disebabkan perkara-perkara kecil sahaja, Zehan dan Arman mula mempertikaikan sama ada keputusan untuk berkahwin di buat secara terburu-buru. 

 

Keesokan harinya, Zehan dan Arman cuba berbaik semula, namun begitu kedua-duanya kelihatan tidak selesa dan kegembiraan yang diinginkan masih tidak menjelma. Arman kemudiannya membawa Zehan pulang ke kampungnya untuk diperkenalkan kepada nenek beliau. Walaupun kehadiran Zehan begitu dialu-alukan oleh nenek Arman, perbezaan budaya dan bahasa menyukarkan proses komunikasi mereka. Zehan kemudiannya cuba memenangi hati nenek Arman dengan menyediakan salah satu masakan tradisi istimewa negara Iran, ‘Ghormeh Sabzi’. 

 

 OST- Janji Zehan

 

Ketika keadaan mula beransur pulih, panggilan telefon yang diterima Arman dari keluarga Zehan di Malaysia mencetuskan sedikit ketegangan. Arman sebelum ini dihubungi abang Zehan, Faizal (lakonan Bront Palarae) di mana beliau dimaklumkan bahawa ibu Zehan telah dimasukkan ke hospital. Khuatir Zehan akan risau dan terganggu ketika percutian bulan madu mereka yang masih berbaki dua hari lagi, Arman mengambil keputusan untuk tidak memaklumkan perkara tersebut kepada Zehan. Lagipun, Faizal sebelum itu ada memberitahu Arman bahawa beliau akan menghubunginya lagi untuk memaklumkan keadaan ibu dari semasa ke semasa. 

 

Namun begitu, pada hari terakhir percutian mereka, Arman membuka mulut dan memberitahu Zehan mengenai keadaan ibunya yang kini berada di hospital. Zehan marah, sedih dan dilihat mula hilang pertimbangan. Ibunya adalah segala-galanya untuk Zehan Seorang ibu tunggal yang sangat kental jiwanya dan pengorbanan beliau membesarkan Zehan dan Faizal bersendirian tidak mungkin boleh dibalas semula. 

 

Bagaimana pula dengan Arman? Beliau mencuba untuk memberikan kebahagiaan hakiki kepada Zehan. Sebuah destinasi cinta yang tidak terkata keindahannya. Mahukah Zehan memaafkan Arman? Saksikan pengakhirannya dalam ‘Janji Zehan’.

Butiran Siaran " Janji Zehan"

 

 

‘Janji Zehan’ bakal bersiaran di Astro First Eksklusif, saluran 480 mulai 14 Februari 2018 (Rabu) ini. Dengan hanya RM 15.90 (termasuk 6% GST), penonton boleh menonton ‘Janji Zehan’ dengan berulang kali dalam tempoh 48 jam (2 hari) dari waktu pembelian

 

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, ‘Janji Zehan’ boleh turut didapati menerusi platform digital, ‘on demand’. |MYBUZZ!
 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.