11 JUTA PENONTON KELESAH KEKASIH PAKSA RELA HABIS?


Slot Akasia, TV3 sekali lagi telah menambat hati 11 juta penonton dengan Drama Kekasih Paksa Rela yang telah melabuhkan tirainya pada Isnin lalu, 12 Februari. Membawa cogan kata “Terpaksa mencintai, Terlanjur Menyayangi”, drama bukan adaptasi novel terbitan Creative Skill Solution Sdn Bhd ini membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Remy Ishak, Intan Najuwa, Ain Edruce, Afzan Rahman, Dayang Areeda, Nynaa Harizal, Datuk Jalaludin Hassan, Emelda Rosemila, Datuk Fizz Fairuz, Aman Graseka, Khaty Azian, Hazman Al-idrus, Azhar Amir dan Fatin Afeefa.


Drama Kekasih Paksa Rela yang diarahkan oleh Idora Abdul Rahman ini telah bersiaran selama 28 epsiod sejak 26 Disember 2017 dan telah mencipta fenomena tersendiri apabila sekali lagi menjadi ‘kegilaan’ penonton setia slot Akasia setiap kali ke udara. Rating terkumpul untuk semua episod Kekasih Paksa Rela ini berjumlah 11 juta penonton dan episod akhir yang telah bersiaran pada 12 Februari 2018 dari pukul 7.00 malam sehingga 8.00 malam telah mencecah 3.8 juta penonton. |MYBUZZ!


(sumber: Nielsen Audience Measurement).


GALERI | DRAMA KEKASIH PAKSA RELA