11 TRIVIA MENARIK DI SEBALIK TABIR PEMBIKINAN 'JANJI ZEHAN'


‘Janji Zehan’ merupakan naskhah terbaharu arahan sutradara hebat, Bernard Chauly dan Zabrina Fernandez, yang telah bersiaran di Astro First Eksklusif Saluran 480 dan platform digital ‘on demand’ mulai kelmarin, 14 Februari 2018 (Rabu) .


Mengisahkan tentang percintaan dua individu yang baru berkahwin dan berbeza latar belakang, bahasa serta budaya, ‘Janji Zehan’ turut mengangkat keindahan panaroma negara Timur Tengah; Iran, dan keunikan budaya masyarakatnya yang masih mengekalkan tradisi lama dalam kehidupan moden hari ini.


BACA| Keunikan Cinta Dua Benua Di Kala Menuju Destinasi Cinta Yang Hakiki

TRIVIA | DI SEBALIK TABIR PEMBIKINAN 'JANJI ZEHAN'


  1. Dengan tajuk asal dalam bahasa Iran, ‘Lahzeye Bi Payan’ yang bermaksud “Dalam Satu Detik Masa Yang Tiada Pengakhirannya”, ‘Janji Zehan’ sekali lagi menampilkan gabungan hebat di antara Nur Fazura dan Bernard Chauly. Kerjasama terakhir mereka adalah untuk filem ‘Manisnya Cinta di Cappadocia’ terbitan Astro Shaw pada tahun 2014.

  2. Menerusi kolaborasi tersebut juga, Fazura dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-27 (2015). Selain dari ‘Manisnya Cinta di Cappadocia’, Bernard pernah bekerjasama dengan Nur Fazura dalam karya-karya hebat beliau seperti ‘Gol & Gincu’ (2005), ‘Pisau Cukur’ (2009) dan ‘Istanbul Aku Datang’ (2012).

  3. Selain Bernard, turut menduduki kerusi Pengarah adalah Zabrina Fernandez dan ini merupakan filem pertama arahan beliau. Zabrina sebelum ini lebih aktif dengan tugasan di belakang tabir sebagai Penerbit Kreatif dan Pengarah untuk program-program realiti dan gaya hidup (lifestyle) tempatan dan antarabangsa.

  4. Dalam FTV ini, kedua-dua Zabrina dan Bernard yang berpengalaman hampir 20 tahun dalam industri seni banyak mengangkat elemen kebudayaan, keindahan tapak-tapak warisan bersejarah di sekitar Iran dan keunikan makanan tradisi masyarakat Timur Tengah ini.

  5. ‘Janji Zehan’ yang berdurasi 90 minit ini bergenre drama dan romantik, serta menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan.

  6. ‘Janji Zehan’ merupakan kerjasama Astro First Eksklusif bersama Wildsnapper TV Sdn. Bhd. Produksi ini pernah terlibat dalam penerbitan program-program realiti berskala besar dan bertaraf antarabangsa seperti ‘The Apprentice Asia S1’, ‘Supermodel Me S5’, ‘Asia’s Got Talent’, ‘The Amazing Race S4 & S5’, ‘Fear Factor Malaysia S2’ dan banyak lagi. ‘Janji Zehan’ merupakan percubaan pertama Wild Snapper TV dalam menerbitkan sebuah filem televisyen.

  7. ‘Janji Zehan’ turut merupakan kolaborasi pertama di peringkat antarabangsa buat pelakon kelahiran Iran, Amir Rezazadeh, 35 tahun. Selain terlibat dengan lakonan, Amir yang turut aktif sebagai seorang model pernah menghiasi pentas peragaan utama di sekitar negara Timur Tengah dan India.

  8. Selain dibintangi Nur Fazura (Jehan) dan Amir Rezazadeh (Arman), pelakon hebat Bront Palarae turut membuat penampilan khas dalam FTV ini sebagai abang kepada Nur Fazura yang bernama Faizal.

  9. Salah sebuah lagu Nur Fazura dari album terbaharunya, ‘Fazura’, yang bertajuk ‘Cinta Langka’ turut digunakan sebagai lagu latar untuk FTV ‘Janji Zehan’. Lagu tersebut merupakan dendangan duet di antara Nur Fazura dan Ariadinata dari kumpulan popular Indonesia, Samsons, dan diterbitkan oleh Universal Music Sdn. Bhd. pada bulan November tahun lalu.

  10. Selain dari jalan penceritaan yang menarik, ‘Janji Zehan’ turut mengangkat keindahan lokasi-lokasi istimewa dan bersejarah di sekitar negara Iran seperti di Shiraz dan Yazd yang cukup mempesonakan.

Di antara lokasi penggambaran utama termasuklah:


  • Nasir Ol Molk Mosque, Shiraz

Dibina pada tahun 1888 ketika era Qajar dan lebih dikenali sebagai ‘Pink Mosque’.

  • Kota Persepolis

Lokasi bersejarah yang turut dikenali sebagai ‘Takht-e-Jamshid’ dan terletak kira-kira 60km di utara dari bandar Shiraz

  • Hafeziye, Shiraz

Dibina seawal abad ke-14 bagi mengingati penyair tersohor Parsi bernama Hafez

  • The ‘Old City of Yazd’

Salah satu bandar tertua di dunia

  • The ‘Cypress Tree of Abarkuh’

Dipercayai sebagai pokok tertua di dunia dan dianggarkan berumur lebih dari 4,000 tahun



11. Keseluruhan penggambaran ‘Janji Zehan’ telah diadakan di 43 lokasi utama di sekitar Iran terutamanya di Shiraz dan Yardz, serta mengambil masa selama 12 hari untuk diselesaikan.

Galeri Disebalik Tabir Pembikinan " Janji Zehan"

Butiran Siaran " Janji Zehan"

‘Janji Zehan’ bakal bersiaran di Astro First Eksklusif, saluran 480 mulai 14 Februari 2018 (Rabu) ini. Dengan hanya RM 15.90 (termasuk 6% GST), penonton boleh menonton ‘Janji Zehan’ dengan berulang kali dalam tempoh 48 jam (2 hari) dari waktu pembelian.