'KATA JUANG' GANDINGKAN AZMI SAAT & DALY FILSUF


Vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat merupakan penyanyi lelaki yang memiliki vokal yang cukup unik di Malaysia. Beliau menjadi rebutan kebanyakan komposer popular Malaysia antaranya Edry Abd Halim, Faizal Tahir dan Edrie Hashim.

Selepas kejayaan memenangi tempat kedua Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 32, Azmi Saat sekali lagi tampil dengan buah tangan terbaharu, kali ini bergandingan bersama Daly Filsuf dalam 'Kata Juang'. Gandingan kali pertama Azmi Saat dan Daly Filsuf ini telah diinspirasikan oleh komposer muda meningkat naik, Awad yang inginkan lagu ciptaan beliau disampaikan oleh dua figura hebat tanahair ini. Lagu ini turut mendapat sentuhan lirik dari Daly Filsuf sendiri.

Ternyata percaturan itu berhasil dengan munculnya Kata Juang pada penghujung Januari lalu. Kata Juang membawakan mesej positif dan peringatan buat semua manusia tentang janjijanji yang telah kita ikrarkan kepada Tuhan.

“Terlalu banyak kerosakan yang telah dilakukan oleh manusia secara sedar atau tidak. Saya selalu terfikir untuk menyampaikan pesan kepada setiap orang secara halus dan merasakan Kata Juang ini merupakan medium yang sesuai buat saya untuk menyampaikan hasrat ini.” jelas Awad.

“Terima kasih kepada Azmi dan Daly Filsuf atas kepercayaan ini dan mereka telah menyampaikan dengan cara yang paling sempurna dan saya harapkan agar mesej ini sampai kepada semua” tambah beliau.

Muzik video lagu ini telah dilancarkan di laman YouTube Monkey Bone dan jumlah tontonan sudah mula meningkat dari hari ke sehari. Selain turut terdapat di semua platform digital seperti Spotify, iTunes, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan Raku.

Rangka promosi lagu edaran Monkey Bone ini akan bermula pertengahan bulan Februari ini memandangkan komitmen yang telah dilalui oleh Azmi Saat semasa Anugerah Juara Lagu (AJL) 32 baru-baru ini. |MYBUZZ!

Tajuk : KATA JUANG

Artis : AZMI SAAT & DALY FILSUF

Komposer : AWAD

Lirik : AWAD & RAZY

Penerbit : MONKEY BONE

Dan bacalah, zikirlah Penamat hampir tiba Laungkan Kata juang Yang sering kau bahaskan Mentera bermata Terang bagai pelita Mengibar panji-panji Sakti yang abadi

Di dalam gua Hira Bermulalah segalanya Kalimah sudah di terima Mampukah di laksana

Dunia pantas berubah-ubah Teori kalut dibangga-bangga Seperti virus merosak minda Mampukah kita berjaya

Buka mata, buka telinga, buka hati, buka jiwa Luas akal luas minda, manis tutur manis kata Jangan lalai, jaga-jaga, fitnah semakin berleluasa Janganlah leka ayuh “Bacalah”, kita bina iman kita semula

Bila mentari sudah di atas kepala Yang beriman tenang, yang leka akan membara Yang menanti jadi tanda Tanya Kita ke syurga ataupun neraka

Seberapa banyak pun Harta dunia tiada guna Kerana kita semuanya sama Ini janji tuhan pada manusia Dunia musnah , kiamat pun tiba

Bila sangkakala kedua kini ditiup Hidup kembali kita tanpa bertutup Syurga neraka diberikan bayangan Ada tersenyum ada yang juga ketakutan.

Syafaat Rasul jadi harapan Adakah layak ataupun hanya angan Luasnya mahsyar manusia berhimpun Menanti setiap amalan dihitung

Tidak menerjah,gundah Apatah lagi pasrah Berpaksi realiti bukan hanya ilusi Kembali bukan mudah Alif Ba Ta di dada Bersujud Bersujud Bersujud… pada Dia.

Bacalah Zikirlah Tatkala beruzlah Introspeksi diri Berpaksi realiti Rentaplah Runtunlah Jiwamu yang sangsi Agar tidak Tersimpul mati

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.