FELCRA BERHAD LANCAR PELAN TRANSFORMASI WADIRA (2018-2022) PERKASA WANITA LUAR BANDAR


FELCRA Berhad hari ini melancarkan Pelan Transformasi Perkumpulan Wanita Dinamis FELCRA (WADIRA) bagi memantapkan pengurusan Institusi tersebut menjalang tahun 2022. Pelan Transformasi WADIRA FELCRA 2018-2022 menggariskan 10 Pelan Transformasi Utama yang mengandungi 20 teras pelaksanaan yang meliputi aspek-aspek seperti Pengurusan. Kesihatan. Pendidikan Kanak-Kanak. Keusahawanan, Keahlian. Jaringan Kerjasama dengan Agensi Kerajaan dan Bukan Kerajaan serta Pembangunan Modal lnsan.


Bagi mencapai matlamat tersebut, sebanyak RM830,000.00 diperuntukkan oleh FELCRA Berhad di mana setiap WADIRA yang tarlibat akan menerima peruntukan sebanyak RM10.000 bagi pelaksanaan program di peringkat akar umbi. Peruntukan ini akan di gunakan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan sosio ekonomi yang di jangka dapat di manfaatkan oleh 17,562 ahli WADIRA dari 83 unit Perkumpulan Wadira di seluruh negara.


Berucap ketika merasmikan Konvensyen Perdana WADIRA 2018, Isteri YAB Perdana Menteri Malaysia, YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor meminta agar setiap WADIRA mengambil peluang yang ada bagi memperkasakan kemahiran peribadi bagi menjadi seorang pemimpin yang baik. Selain itu juga, beliau menegaskan bahawa pengurusan emosi dan psikologi juga penting bagi seorang wanita untuk terus berjaya sebagai seorang pemimpin yang hebat bagi sesebuah institusi.


“Saya menyambut baik sekali penganjuran Konvensyen ini yang memberi penekanan kepada perniagaan serta keusahawanan, kewangan, kecantik serta kerohanian”.


“Dalam konteks in saya percaya penganjuran konvensyen ini secara tidak langsung akan membina ruang intelek dan diskusi yang aktif serta proaktif, membuka peluang dan potensi perniagaan, mengembangkan budaya penerokaan ilmu serta menjadi platform kepada ahli WADIRA untuk bertukar idea dan juga rangkaian”. Ujar YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor dalam teks ucapannya.


Sekitar majlis pelancaran Pelan Transformasi Perkumpulan Wanita Dinamis FELCRA (WADIRA) ​

Foto: ruby.my / FB: Felcra Berhad

Dalam majlis yang sama, YABhg Datin Seri Rosmah Mansor telah di pilih sebagai lkon lnspirasi Wadira FELCRA atas sumbangannya dalam pembangunan sosio ekonomi wanita dan kanak-kanak terutamanya menerusi kejayaan Program Permata Negara yang di cetuskanya. Anugerah di sampaikan oleh YB Dato’ Sri Bung Moktar Radin, Pengerusi FELCRA Berhad. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wllayah, YB Dato Sri Ismail Sabri Yaakob.


Konvensyen yang berlangsung selama 2 hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tersebut turut di meriahkan dengan aneka jenis gerai gerai jualan Usahawan Wanita FELCRA seluruh negara. | MYBUZZ!