KESEPAKATAN SUARA WANITA FELCRA DALAM SOLIDARITI WADIRA

February 24, 2018

 

Khamis lalu (22/02/2018) secara rasminya berakhir Konvensyen Perdana WADIRA FELCRA Berhad 2018. Satu konvensyen yang julung kali diadakan setelah 52 tahun organisani FELCRA Berhad ditubuhkan. Konvensyen itu bertujuan untuk mengumpulkan kumpulan Wanita FELCRA yang kini berjumlah 83 unit kumpulan kecil wanita FELCRA dibawah satu kesepakatan solidariti WADIRA dalam menyambut usaha baik organisasi tersebut untuk menyelaraskan kepimpinan FELCRA seluruh negara supaya mempunyai hala tuju yang cukup jelas serta kerjasama yang cukup erat dan selari dengan kepimpinan negara hari ini.

 

Konvensyen yang berlansung selama 2 hari itu telah berjaya  mewujudkan satu pelan transformasi yang  menggariskan  10 Pelan Transformasi Utama yang mengandungi 20 teras pelaksanaan yang meliputi aspek-aspek seperti :

  • Pengurusan 

  • Kesihatan 

  • Pendidikan Kanak-Kanak 

  • Keusahawanan 

  • Keahlian

  • Jaringan Kerjasama dengan Agensi Kerajaan dan Bukan Kerajaan

  • Pembangunan Modal lnsan

 

Menurut Ketua Pengarah Seranta, FELCRA Berhad, Datuk Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris, Wadira yang ditubuhkan pada 1979, diwujudkan untuk menggerakkan projek-projek di kawasan rancangan tanah Felcra yang mempunyai bilangan penempatan peserta yang ramai.

 

"Pertubuhan Wadira merupakan badan perantara di antara keluarga anggota dengan pengurusan Felcra Berhad. Anggota Wadira yang terdiri daripada suri rumah akan dibimbing untuk membantu meningkatkan pendapatan keluarga".

      

"Sehingga kini, terdapat 83 kumpulan Wadira dengan keahlian seramai 17,562 orang di seluruh Malaysia.", katanya.       Datuk Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris (foto)

 

Menurut Datuk Dr. Najmil Faiz lagi, ahli Wadira sangat aktif menjalankan aktiviti keusahawanan dan perusahaan atas jenama Wadira antaranya perniagaan madu kelulut, kraftangan, roti dan pastri serta jahitan.

 

"Konvenyen yang sedang berlansung ini sangat berguna kepada semua peserta untuk berkongsi input berguna dan juga platform kepada semua ahli Wadira untuk bertukar-tukar input bagi memperkasakan Wadira".

 

"Kehadiran YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor pada hari ini membuktikan sokongan padu serta keprihatinan beliau terhadap pembangunan Wanita Felcra. Sebagai buktinya kita sendiri telah mendengar pengumuman oleh YABhg Datin Paduka berhubung persetujuannya untuk melebarkan jaringan program PERMATA keseluruh rancangan FELCRA serta pemberian insentif sebanyak RM10,000 untuk setiap kumpulan WADIRA. Ini semua merupakan manafaat yang diperolehi oleh mereka atas solidariti yang diwujudkan". Jelasnya Datuk Dr. Najmil lagi.

 

 

Sesi temubual bersama Datuk Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris bercerita tentang solidariti Wadira, FELCRA Berhad   

Sumber: Youtube 4UWeSeeTV

 

Dalam satu pertemuan ringkas bersama pengamal media online, Datuk Dr, Najmil turut berharap agar usaha seperti ini diteruskan dan setiap ahli WADIRA lebih jelas tentang hala tuju FELCRA berhubung isu-isu semasa dan tidak mudah menerima input input negatif yang tidak benar yang boleh merosakkan kepimpinan FELCRA dan kerajaan. Beliau juga berharap agar Wadira selepas ini lebih dikenali sebagai unit penting juga sebagai tulang belakang dalam pembangunan FELCRA khasnya serta Malaysia secara keseluruhannya.

 

Menurut beliau lagi, FELCRA juga pada masa yang sama akan senentiasa memberikan sokongan dan bantuan yang tidak putus kepada Wadira dengan penyaluran bantuan modal perniagaan serta peralatan sokongan untuk merancakkan aktiviti sosio-ekonomi ahli-ahlinya.

 GALERI | WANITA FELCRA BERHAD - SUARA SOLIDARITI WADIRA SATU MALAYSIA

 

Ikrar wanita FELCRA yang juga ahli Wadira meningkatkan sosio ekonomi serta membantu pembangunan FELCRA dan Malaysia

Siapa Datuk Dr Faiz Najmil Mohamed Aris? 

 

Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris adalah contoh intelek muda negara yang telah mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.


Terpilih sebagai antara pelajar Asia paling cemerlang, Najmil, 36, yang memiliki ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang kejuruteraan di University Metropolitan, Leeds, berjaya membuka mata industri United Kingdom (UK) terhadap kebolehan rakyat Malaysia menerusi inovasi yang dihasilkannya.


Beliau menjadi pelajar Malaysia yang pertama diberi penghormatan dan pengiktirafan membentangkan kajiannya kepada anggota Parlimen United Kingdom di London pada 14 Mac 2005.


Najmil tidak menghampakan apabila anggota Parlimen yang hadir bukan sahaja amat berminat dengan ideanya tetapi juga memberikan galakan kepadanya untuk meneruskan kajian beliau yang membabitkan "Nano" dan "Micro-Machine Process".


Hasil daripada pembentangan yang memancarkan kecemerlangan akademik dan mutu kajian yang tinggi itu, Menteri Perindustrian Britain Brian Edden ketikamenawarkan Najmil peluang seumur hidup untuk membentangkan hasil kajiannya di House Of Common, Westminster di London itu.


Berasal dari Ipoh, Najmil mula melanjutkan pelajaran ke UK pada tahun 2000 bagi pengajian sarjana muda dalam kejuruteraan sebelum menyambung ke peringkat kedoktoran.


Sebagai salah seorang daripada segelintir rakyat Malaysia termuda memiliki PhD, Ketua Pengarah, Seranta Felra Berhad itu telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia juga setanding dengan pelajar-pelajar dari negara lain, malahan dalam sesetengah kes kita lebih hebat daripada mereka.


Kajiannya yang memenangi anugerah "The Best Research of Good Prospect" itu berkaitan teknologi mengurangkan geseran yang mampu mengurangkan kos serta meningkatkan keefisienan dalam industri dan sektor pembuatan.


Sementara itu, Najmil Faiz juga adalah Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu. |MYBUZZ!

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.