SHOPEE & honor PERKENAL honor 9 Lite SECARA EKSKLUSIF


Telefon pintar honor 9 Lite akan dijual secara eksklusif di Kedai Rasmi honor di platform Shopee pada 9 Mac pada harga istimewa bernilai RM699 sahaja.



Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan telah menandatangani usahasama rasmi dengan honor Malaysia untuk melancarkan telefon pintar honor 9 Lite yang akan dijual secara eksklusif di platform Shopee. Usahasama tersebut membolehkan kira-kira 9 juta pengguna Shopee di Malaysia untuk membeli telefon pintar 4-kamera tersebut pada harga istimewa dengan nilai RM699 sahaja (Harga pasaran: RM749) untuk masa terhad pada 9 Mac 2018. honor merupakan jenama terbaharu yang menyertai Shopee Mall, portal membeli-belah dalam talian khas yang membariskan lebih daripada 400 jenama terkemuka dan pengedar sah yang menawarkan pengalaman membeli-belah yang premium kepada pengguna Shopee.


“Kami berbangga dapat bekerjasama dengan honor untuk pelancaran eksklusif honor 9 Lite ini. Sejak beberapa tahun lalu, kami menyaksikan pertumbuhan bilangan pengguna yang membeli produk elektronik secara dalam talian, khususnya telefon pintar. Kami gembira dapat bekerjasama dengan honor untuk menawarkan pelbagai lagi pilihan kepada pengguna kami,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. “Sejajar dengan rancangan 2018 kami, kami berazam untuk mengukuhkan lagi usahasama strategik dengan pelbagai jenama terkemuka dengan menjual produk mereka di platform kami. Sebagai pemain e-dagang utama di rantau ini, kami mahu membantu lebih banyak jenama meluaskan rangkaian dalam talian mereka dan mengembangkan lagi perniagaan mereka dengan pengkalan pengguna yang lebih besar”.

“Kami teruja bekerjasama dengan Shopee untuk memperkenalkan telefon 4-kamera pertama kami, honor 9 Lite untuk pasaran Malaysia. Sebagai jenama telefon pintar terkemuka global, kami dapat melihat potensi besar menerusi usahasama dengan Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Usahasama ini adalah titik tolak bagi kami dan kami pasti, masih banyak lagi lapangan yang boleh kami terokai bersama,” kata Zhao Zhiwei, Ketua honor Malaysia. (foto) Zhao menambah, “honor menjanjikan kejutan yang mengujakan untuk peminat dan pengguna kami. Malaysia merupakan pasaran global pertama kami semasa pelancaran honor View10 Crush Red dan kini kami berbangga untuk memperkenalkan siri honor Lite buat pertama kali untuk pasaran tempatan - lazimnya kami melancarkan produk baharu di pasaran Eropah dan India. Dengan memperkenalkan honor 9 Lite di pasaran tempatan, kami percaya keputusan ini dapat mengukuhkan kedudukan dan komitmen kami di Malaysia. Honor 9 Lite akan menjadi teman setia peminat tegar swafoto dengan dua kamera hadapan”.

foto: gsmarena

Abadikan Kenangan Anda Secara HD (Definisi Tinggi) dengan Empat Kamera

honor 9 Lite menampilkan kamera dua lensa 13MP+2MP di bahagian hadapan dan belakang, yang membolehkan pengguna mengambil gambar yang jelas dan cantik tanpa mengira masa, tempat dan teknik. Dengan ciri-ciri kecantikan yang telah dinaiktaraf dan boleh diubahsuai, serta kesan ‘bokeh’ setaraf standard perisian komputer, telefon pintar ini pasti menjadi peranti pilihan bagi penggemar swafoto.

Rekaan dan Paparan Yang Menawan

Direka dengan ciri-ciri yang cantik dan praktikal, honor 9 Lite menampilkan teknik pembuatan yang tiada tolok bandingan dari semua sudut. Telefon ini mempunyai skrin paparan tanpa ‘bezel’ FullView HD (Berdefinisi Tinggi) dan kemasan seakan-akan cermin dengan nisbah skrin-ke-badan yang tinggi, menjanjikan penggunanya rekaan yang mewah.

Berprestasi Tinggi Telefon honor 9 Lite ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Kirin 659 dan dilengkapi dengan 3GB RAM dan ruangan storan 32GB (boleh ditambah sehingga 256GB). Ia turut dibina dengan bateri berkuasa 3,000mAh yang boleh menampung penggunaan harian.

Telefon honor 9 Lite ini boleh didapati dalam variasi Sapphire Blue dan Glacier Gray.