HOTEL TENERA RAI SETIAUSAHA BERSAMA DATO' JAMAL ABDILLAH & DAYANG NURFAIZAH

March 8, 2018

 

 

Dua (2) figura dengan vokal luar biasa, satu daripadanya sinonim dengan gelaran Raja Pop manakala seorang Iagi Ratu R&B. Mereka tidak lain tidak bukan, dua insan seni berbakat dengan profil pencapaian arena seni suara cukup membanggakan iaitu Dato’ Jamal Abdillah dan Dayang Nurfaizah.

Bakal mengalunkan kemerduan lunak suara pada acara Minggu Setiausaha 2018 dengan acara “Luncheon With The Stars In Celebration of Secretaries Week 2018” yang akan diadakan pada 25 April 2018 (Rabu) di Dewan Utama, Hotel Tenera, persembahan julung kalinya diadakan di Hotel Tenera itu, pastinya mencipta senergi nyanyian dan muzik yang pasti sukar dilupakan.

“Kami memilih Dato’ Jamal Abdillah dan Dayang Nurfaizah kerana kredibiliti mereka dalam industri seni tanah air yang sentiasa memberikan persembahan terbaik di setiap acara, dan kami ingin kongsi bersama pada semua tetamu kami” Muhamad Shafei, Pengurus Besar Hotel Tenera

 

 

Hotel Tenera meraikan minggu setiausaha 2018

 

“Luncheon With The Stars - In Celebration of Secretaries Week 2018”, sebuah acara bertujuan meraikan kakitangan tadbir dan setiausaha di seluruh Malaysia. Pelaksanaan program ini juga dilihat sebagai salah satu strategi dalam memperkenalkan nama Hotel Tenera yang baru saja memulakan operasinya.

Acara ini juga turut mendapat kerjasama dari stesen radio Suria FM Segalanya Hiburan sebagai radio rasmi dalam mempromosikan acara yang akan berlangsung ini. Peminat-peminat berpeluang untuk memenangi tiket masuk secara percuma dengan mendengar Suria FM.

Harga yang ditawarkan bermula dari RM280 seorang untuk meja Silver, RM380 untuk meja Gold dan RM500 seorang untuk meja Platinum yang dilengkapi dengan set makan tengahari yang istimewa dari tukang masak hotel. Setiap tetamu boleh menjangkakan persembahan yang memukau dan eksklusif dengan keadaan yang lebih santai bersama dengan penyanyi pujaan.

Untuk Sebarang maklumat, boleh hubungi nombor di talian 019-2610796 atau emel kepada adib.m@tenerahotel.com.my  |MYBUZZ!

GALERI | SIDANG MEDIA LUNCHEON WITH THE STARS

 

 

 

Tentang Hotel TENERA

 

Hotel yang bertaraf 4 bintang dengan kapasiti sebanyak 502 bilik merangkumi 2 blok iaitu blok hotel dan blok apartment dimiliki sepenuhnya oleh Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPFMB) dan diuruskan oleh KPF Hotel Management Sdn Bhd.

 

Fasiliti yang disediakan antaranya, ruang acara seperti Dewan Utama Grand Ballroom yang boleh memuatkan sehingga 1200 tetamu pada satu-satu (1) masa dan 10 bilik seminar yang terletak di tingkat 3. Selain daripada itu, 3 kolam renang dimana 2 daripadanya terletak di blok hotel dan 1 di blok apartment. Disamping 1 kolam renang yang dikhaskan hanya untuk wanita bagi memberi keselesaan kepada mereka.  

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.