Pameran Mengingati 'P. Ramlee' Sebagai Ikon Budaya Kebangsaan

CareClinics, Yayasan Artis 1Malaysia dan Memorial Library of P. Ramlee, Arkib Negara Malaysia (Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia) Menjalankan Pameran Warisan Kebudayaan dan Kesenian Malaysia Bertajuk "Mengingati

P. Ramlee".

CareClinics, penyedia penjagaan kesihatan utama yang terkemuka di Malaysia dengan kerjasama Yayasan Artis 1Malaysia dan Perpustakaan Memorial P. Ramlee, Arkib Negara Malaysia (Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia) sukacitanya membawa kepada pengetahuan orang awam tentang Pameran Warisan Kebudayaan dan Seni Malaysia Bertajuk "Mengingati P. Ramlee" yang bertujuan untuk membawa sejarah ini keluar daripada muzium untuk mempamerkan dan memperingati seorang artis tempatan Malaysia. Acara ini diadakan bermula 10 haribulan Mac sehingga 11 haribulan Mac 2018 (9:00 pagi hingga 5:00 petang) di Mercure Selangor Selayang No. BG-12, Dataran Emerald, Jalan PS 11, Prima Selayang. Bayaran Masuk adalah PERCUMA.


"Mengingati P. Ramlee" - Pameran Warisan Kebudayaan dan Kesenian Malaysia akan meneroka hubungan antara sejarah, memori dan mewujudkan imaginasi baru. Inisiatif ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia. Sehingga kini, tiada sebarang inisiatif yang mengambil sejarah kepada pameran bergerak dan bertemu masyarakat. Rakyat Malaysia tidak berminat mengenai sejarah mereka sama ada purba atau kontemporari dan ini telah membawa mereka hanyut sebagai bangsa.


''Projek ini tertumpu kepada memperingati salah seorang daripada artis yang paling prolifik dan berbakat negara, Tan Sri Datuk Amar Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Putih, atau lebih dikenali sebagai P. Ramlee dengan menganjurkan sebuah Pameran Galeri Mini P. Ramlee untuk tatapan orang ramai. Beliau adalah seorang penggiat seni yang telah banyak berjasa dalam penyatuan identiti budaya kebangsaan.


Dengan menggabungkan pelbagai cara dan pemikiran yang berbeza daripada masyarakat Malaysia, P. Ramlee mendorong kita untuk ketawa bersama dan bukan ketawa di antara satu sama lain. Ini merupakan pencapaian penting yang perlu diingati bertentangan dengan jurang masalah perkauman yang dihadapi di Malaysia kini," kata Dr. Azura Binti Ahmad, Pengerusi CareClinics.


Acara itu akan dijalankan dua fasa, iaitu Majlis Makan Malam Penghargaan - Pelancaran Rasmi Pameran P. Ramlee dengan Tetamu Kehormat - Y.Bhg Datuk Irwan Shah B. Abdullah @ DJDave, Presiden YAYASAN ARTIS 1 MALAYSIA dan Pameran Galeri Mini P. Ramlee untuk tatapan umum. CareClinics akan menaja sepenuhnya makan malam dan pameran meskipun kerjasama yang erat antara organisasi yang terlibat sama; Yayasan Artis 1 Malaysia, Pustaka Peringatan P. Ramlee, - Arkib Negara Malaysia, Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia, Mercure Hotel Selayang (Lokasi Rasmi Pameran Galeri Mini P. Ramlee).



JADUAL MAJLIS |


  • 9hb Mac 2018: Majlis Makan Malam Penghargaan CareClinics - Perasmian Pameran P. Ramlee dengan Tetamu Kehormat - Y.Bhg Datuk Irwan Shah B. Abdullah @ DJDave, Presiden YAYASAN ARTIS 1 MALAYSIA


  • 10hb hingga 11hb Mac 2018: Pameran Terbuka untuk Orang Awam

TENTANG Care Clinics |


Care Clinics terdiri daripada lebih 20 klinik penjagaan utama di Kuala Lumpur. Penggabungan dan kerjasama sekumpulan doktor sejak tahun 2003, CARE Clinics Group telah mengekalkan sistem yang sempurna dalam pengurusan dan amalan. Sejak tahun 80-an, kumpulan ini berjaya berkembang dengan meningkatkan bilangan klinik untuk menyediakan penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada semua dan komited dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berpatutan dan munasabah.


Kerjasama Antara Yayasan Artis 1Malaysia dan Care Clinics |


Kedua-dua organisasi ini telah bersetuju untuk bekerjasama untuk menyediakan perkhidmatan perubatan bersubsidi untuk ahli-ahli Yayasan Artis 1Malaysia semasa melawat cawangan - cawangan Care Clinics. Inisiatif bersama ini bertujuan untuk mengenali fakta kehidupan yang dihadapi oleh ramai artis Malaysia. Pendapatan mereka pada tahun-tahun perdana mereka yang berdasarkan penglibatan ad hoc tidak mengambil kira penyediaan jaring keselamatan yang boleh bakal melindungi mereka daripada sebarang kecelakaan sosial dan kesihatan di kemudian hari. Kerjasama ini bertujuan untuk mengurangkan serba sedikit beban ini.


Untuk maklumat lanjut sila klik:


Care Clinics

Tentang P. Ramlee

Yayasan Artis 1 Malaysia

Mercure hotel






Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.