Pelancaran Samsung Galaxy S9 | S9+ Bersama Bintang Korea Park Bogum Di Kuala Lumpur

 Park BoGum, Bintang Terkenal Korea memegang Model Samsung Galaxy S9+ selaku Ikon  Gaajet tersebut


Galaxy S9 dan S9+ yang dinantikan-nantikan akhirnya tiba di Malaysia! Dengan kedatangan produk flagship yang terkini, Samsung terus menginovasikan dan mentakrifkan semula batasan teknologi, dan membawakan cara baru untuk rakyat Malaysia mengecapi kehidupan. Produk utama ini telah mendapat sambutan baik seluruh dunia dan menerima lebih 30 anugerah di Mobile World Congress 2018 baru-baru ini, termasuklah “Best New Connected Device” dan “Best Mobile VR or AR”.


 Yoonsoo Kim (tengah),President Samsung Malaysia Electronic bersama Ikon Park BoGum ketika pelancaran Samsung Galaxy S9 | S9+ di Pavillion KL Semalam.


“Galaxy S9 dan S9+ diilhamkan berdasarkan cara komunikasi masa kini di dalam laman sosial. Cara-cara untuk mengekspresi diri telah berubah dan komunikasi melalui teks di kalangan pengguna semakin berkurangan. Sebaliknya, pengguna lebih gemar menggunakan imej, video dan emoji untuk berinteraksi. Samsung sememangnya sentiasa menjadi perintis dalam fotografi telefon pintar yang hebat. Namun sebagai syarikat teknologi yang dikenali dengan melangkaui batasan serta komited terhadap permintaan pengguna, kami telah membawa teknologi Galaxy S9 dan S9+ ke peringkat seterusnya dengan memperbaharui reka bentuk dan mempertingkatkan kameranya,” kata KM Liew, Ketua Perniagaan Teknologi Maklumat (IT) dan Mudah Alih, Samsung Malaysia Electronics.


“Galaxy S9 dan S9+ kini tiba dengan ciri AR Emoji baru serta kamera yang mempunyai fungsi Super Slow-mo dan Super Low Light. Ciri-ciri ini mampu membantu pengguna mendalami suatu pengalaman komunikasi secara visual yang luar biasa, disesuaikan untuk setiap pengguna mengikut keunikan individu masing-masing. Untuk mereka yang percaya akan satu gambar melambangkan seribu kata, Galaxy S9 dan S9+ merupakan pilihan yang tepat."


Sementara ciri-ciri Galaxy S9 dan S9+ yang baru dan inovatif menjadi daya tarikan untuk penggemar dan peminat teknologi, kemunculan istimewa pelakon dan bintang dari Korea, Park BoGum menambahkan lagi kemeriahan acara ini yang benar-benar membangkitkan minat para pengunjung. Putera ‘Love in the Moonlight’ yang muncul dalam salah satu iklan Samsung yang terkini, mempunyai misi untuk mengecapi kehidupan dengan cara yang serba baru bersama peminat-peminatnya di Malaysia melalui ciri-ciri baru Galaxy S9 dan S9+ yang hebat seperti rakaman video Super Slow-mo.


Camera Reimagined


Kamera yang digunakan pada masa kini mempunyai fungsi lebih daripada hanya untuk mengambil gambar – malah ia turut digunakan untuk berhubung dan berkomunikasi. Pengguna ingin memiliki kamera telefon pintar dengan teknologi yang terkini, supaya mereka dapat mengekspresikan diri dengan imej dan peralatan yang berkualiti tinggi untuk menceritakan kisah unik masing-masing. Kamera Galaxy S9 dan S9+ dibina khusus untuk pengguna dengan sensor Super Speed Dual Pixel serta kuasa pemprosesan dan memori khusus untuk merakam gambar yang menakjubkan. DxOMark, standard industri ukuran kualiti imej kamera dan lensa yang dipercayai, telah memperakui dan memberi kamera Samsung yang telah diperbaharui skor tertinggi bagi penarafan gabungan foto dan video pada kamera telefon pintar.


Pemberian skor tinggi terhadap Galaxy S9 and S9+ dikaitkan dengan prestasinya yang hebat dalam keadaan pencahayaan yang rendah. Dengan fungsi yang seumpama dengan mata manusia di mana iris mengembang dan mengecut mengikut persekitaran seseorang, kamera Dual Aperture Samsung (F1.5 / F2.4)  menyelaraskan bukaan secara automatik mengikut keadaan pencahayaan, iaitu dengan bukaan lensa yang lebih besar (F1.5) supaya membenarkan lebih banyak cahaya masuk dalam keadaan gelap, atau menukar kepada lensa dengan bukaan rendah (F2.4) dalam keadaan terang, demi memastikan foto yang diambil adalah terang dan jelas. Di samping itu, ciri dwikamera yang popular juga didapati pada Galaxy S9+, yang membolehkan pengguna terus merakam gambar potret secara profesional dengan fungsi ‘Live Focus’.


Pengguna kini dapat mengekspresikan diri mereka menerusi cara yang serba baru - dengan adanya ciri-ciri AR Emoji dan Super Slow-mo yang dilengkapi pada Galaxy S9 dan S9+. Samsung membolehkan pengguna menghasilkan emoji yang menyerupai penampilan dan perawakan mereka, manakala fungsi Super Slow-mo (rakaman video sehingga 960 bingkai sesaat) membolehkan pengguna meningkatkan kreativiti mereka dengan cara yang menyeronokkan. Di samping itu, pengguna S9 dan S9+ kini dapat mengecapi kehidupan dalam cara yang serba baru dengan adanya Bixby yang lebih pintar, yang disepadukan dalam kamera. Bixby kini boleh menterjemahkan bahasa[1] dan mata wang asing dengan serta-merta melalui imej, memberikan maklumat penting mengenai persekitaran anda dan banyak lagi.




Hiburan Dipertingkatkan


Telefon pintar kini semakin menjadi pilihan kita untuk mendapatkan hiburan, inilah sebabnya Samsung menghasilkan peranti yang menawarkan pengalaman bunyi yang premium dengan pembesar suara stereo yang ditala oleh AKG. Audio Galaxy S9 dan S9+ juga menyokong Dolby Atmos, memberikan kesan bunyi sinematik 360 darjah yang hebat.


Paparan Infinity pada Galaxy S9 dan S9+ juga telah dipertingkatkan. Ia menampilkan paparan infiniti Super AMOLED yang terbaru, kuat, dan terang. Skrin telefon pintar baru Samsung ini tampak menawan walaupun di bawah cahaya matahari dan memperolehi gred “Excellent A+” yang diberikan oleh DisplayMate Technologies, penilai skrin yang terkemuka di dunia.


Peranti yang Disesuaikan dengan Gaya Hidup Terhubung

Sebagai telefon pintar yang pertama menyokong aplikasi SmartThings yang baru, Galaxy S9 dan S9+ merupakan hab pusat untuk menguruskan setiap aspek gaya hidup terhubung di rumah, di pejabat, atau di mana-mana sahaja. Samsung DeX generasi seterusnya memperkasakan gaya hidup mudah alih dengan memberikan pengalaman skrin penuh yang besar kepada telefon bimbit mudah alih. DeX Pad yang direka semula adalah sistem dok baru yang memudahkan pengguna menyambungkan Galaxy S9 dan S9+ kepada monitor yang lebih besar, papan kekunci dan tetikus demi menambahkan pengalaman mudah alih mahupun dengan peny