Nottingheels Buka Cawangan Keempat Di Dataran Pahlawan Melaka

March 25, 2018

 

 

Pembuat Kasut Ortopedik Nottingheels 100% buatan Malaysia baru sahaja merasmikan pembukaan cawangan keempat di Dataran Pahlawan Megamall, Melaka semalam setelah dibuka kepada umum sejak Januari lalu.

 

Nottingheels di bawah naungan NTH Global Sdn Bhd merupakan kasut  buatan tangan yang telah diuji oleh Podiatrist dalaman. Ia bukan sahaja berasa selesa kepada si pemakainya malahan mampu beri manfat kepada kesihatan kaki serta kesihatan tubuh badan  secara umum. 

 

Pelbagai rekaan kasut yang dipamerkan untuk dijual disini. Terdapat sandals, kasut wanita, kasut lelaki dan aksesori kasut. Ia juga dikategorikan sebagai kasut untuk semua dimana tiada sasaran umur ditetapkan. NTH juga mengambil tempahan sekiranya para pelanggan inginkan kasut custom made. Para pelanggan boleh menempahnya dan ia mengambil selama 2-3 minggu untuk disiapkan.

 

 Foto: dari kiri Angel Liew , Amy Chiew dan Dr. Balachandran

 

Majlis Pembukaan NTH Melaka juga turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Ikon Gaya, Datin Maylene Yong dan Encik Jason Hee Jee Pin, Presiden, Pengasas dan Pengerusi Penganjur Miss & Mrs Malaysia Kebaya, Miss & Mrs Chipao Malaysia dan Miss & Mrs Saree Malaysia.

 

 

Dr. Balachandran Gopal, Podiatrist dalaman Nottingheels juga menyampaikan taklimat ringkas dan tips kesihatan mengenai penjagaan kaki dan bagaimana Nottingheels Shoes membantu meningkatkan keseluruhan Kesihatan Kaki dan Tubuh Keseluruhannya, serta tip untuk pencegahan pelbagai jenis masalah kesihatan kaki.

 

Bulan September tahun lalu, NTH turut telah memenangi anugerah Prof. Jimmy Choo Next Designer of the Year 2017 semasa pameran fesyen kasut di Minggu Fesyen New York 2017.

 

Nottingheels Dataran Pahlawan Megamall  merupakan outlet yang keempat yang diuruskan oleh Pengarah NTH Melaka, Angel Liew dan Puan Mee Wan.

 

''Kasut buatan kami sangat selesa dan lembut dipakai dimana ia boleh mengembang di bahagian dalam tanpa menjejaskan kesihatan kaki dan semua kasut diuji oleh Doktor podiatrist kami'' Ujar Amy Chiew, Pengasas dan Pengarah NTH Global Sdn Bhd.

 

Beliau juga berhasrat ingin terus mengembangkan outlet perniagaan dengan tambahan 2 lagi outlet yang menjadikan 6 outlet dalam masa terdekat.

 

NTH kini telahpun memperluaskan pasaran ke seluruh dunia dan juga telah berjaya dalam rundingan bersama beberapa pembeli utama di seluruh dunia. Untuk melindungi Harta Intelek, NTH telah mendaftarkan cap dagang di Malaysia, China, Eropah dan juga Amerika Syarikat.

 

 

 

FAKTA MENGENAI NOTTINGHEELS

 

 

 

Seorang ahli Estetika yang berkelayakan, pengasas Nottingheels, Amy Chiew didorong oleh seorang usahawan wanita yang berjaya dari kampung halamannya di Johor untuk meneruskan kerjaya dalam industri kecantikan dan kosmetik. Dalam tempoh dua (2) dan setengah dekad yang lepas, Amy telah menubuhkan dan mengasaskan beberapa perniagaan kecantikan dengan Keep Slim Beauty & Bodycare, seterusnya berjaya menjadikan jenamanya sebagai pusat kecantikan dan pelangsingan yang popular, Keep Slim bahkan telah membuka 11 kedai di negara ini sambil melebarkan sayap melalui pelesenan di Riyadh, Arab Saudi pada tahun 2012.

 


Setelah mencapai kecemerlangan dan menyaksikan peningkatan dan kejatuhan industri pelangsingan, satu idea dibayangkan daripada keperluan untuk mempelbagaikan perniagaannya, untuk meneutralkan kesan-kesan dari kemelesetan. Setelah memiliki banyak kasut yang mahal tetapi tidak sesuai, Amy yang mengasaskan Nottingheels dengan kerjasama podiatrist klinikal yang bereputasi terus memasang hasrat untuk memasarkan kasut yang memberi tumpuan kepada keselesaan serta gaya. Amy memulakan perniagaan kasut ortopediknya (sihat dan keselesaan kasut) dengan membuka cawangan pertamanya di Pusat Beli Belah Bangsar pada 2016, dengan yang kedua di Subang Jaya pada 2017, sementara ketiga dibuka di Mines Sun Power Outlet awal tahun ini.

 

Amy juga menyeru kepada individu di luar sana yang ingin menjadi sebahagian daripada keluarga Nottingheels iaitu Francais boleh la mendapat info lanjut mengenai mereka di FB Nottingheels atau laman sesawang nottingheels.com  |MYBUZZ!

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.