'Gema Irama Terkenang' Tema GGV Musim Kedua




Setelah mencetuskan fenomena gema baharu dalam industri hiburan tanah air pada tahun lalu, Gema Gegar Vaganza (GGV) kembali untuk musim kedua dan bakal membuka tirainya pada Sabtu ini, secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil. Bertemakan ‘Gema Irama Terkenang’, kesemua 11 peserta musim ini iaitu Brothers, Devotees, InTeam, Mestica, Rabithah, Heliza & Hazwani (pasangan duo), Adeep Nahar, Awi Rafael, Farah Asyikin, Fitri Haris dan Ippo Hafiz bakal mendendangkan lagu hit mereka sendiri yang telah memperkenalkan nama mereka kepada peminat industri muzik tempatan.



Tahun lalu GGV musim pertama telah menobatkan Kumpulan UNIC sebagai Juara dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000, naib juara pula jatuh kepada Kumpulan Hijjaz dan tempat ketiga ialah Mirwana dan masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000 dan RM20,000.



Oki Setiana Dewi


Farihin Abdul Fattah


Farihin Abdul Fattah serta Oki Setiana Dewi pula terus menduduki kerusi juri tetap dan mereka akan bersama seorang juri jemputan dalam mengadili dan memberi komen persembahan setiap peserta. Pastinya debaran GGV turut dirasai oleh muka baharu dalam musim ini iaitu Fakhrul UNIC yang akan bergandingan bersama Siti Nordiana dan Fikry Ibrahim selaku pengacara program.



Gema Gegar Vaganza adalah pembaharuan dilaksanakan Astro Oasis selepas sedekad bersiaran. Pemilihan dendangan bersifat Islamik dan perlu selari dengan imej saluran ini dan memastikan GGV ini menepati syariat dengan memantau pengisian rancangan terbabit supaya kekal dengan matlamat asal selain memberi impak serta dapat menarik penonton baharu


31 Mac ini mula konsert minggu pertama GGV2 jam 9.00 malam di Astro Oasis. |MYBUZZ!




Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.