Selebriti Jayakan Bowling Bersama Alumni STAR

April 4, 2018

 

  

Persatuan Bekas Pelajar  Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Rahimah Klang  (STAR) dengan kerjasama Celebrity Sports Club & Jayy Entertainment & Events telah menganjurkan Acara Bowling Alumni STAR & Celebrity Sports Club di Sunway Mega Lanes sabtu lalu.

 

 

Acara Bowling ini telah dihadiri oleh 16 orang selebriti tempatan terdiri daripada Presidennya Celebrity Sports Club iaitu Serina Redzuawan, Datuk Fizz Fairuz, Datin Almy Nadia, Farawahida, Ako Mustafa, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Dato' Jaafar Onn, Adam Shahz, Rizal Ahmad, Cikgu Meera, Captain Mohd, Bon, Hairee Kool, Afif AF dan Lan Zailan.

 

Ia turut dihadiri oleh Datuk Saroni Judi, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka, Dr. Mohamad Rafie Kaslan, Pengerusi Alumni STAR,  Puan Juwita Abd Aziz, Ketua Pengawai Eksekutif Jayy Production dan juga kehadiran 48 orang para peserta alumni STAR yang sama-sama memeriahkan acara bowling tersebut.

 

''Program ini adalah merupakan acara tahunan dan program pada kali ini adalah bertujuan untuk membawa alumni STAR dapat beramah mesra bersama selebriti pujaan lebih khusus kepada program berbentuk sukan yang dikatakan selebriti mempunyai pengaruh dikalangan anak-anak muda dan ia juga adalah kolaborasi buat pertama kalinya'' Ujar Datuk Saroni Judi, Penasihat Alumni STAR dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka.

 

           

Alumni STAR merasakan tanggungjawab mereka untuk bersama membantu sekolah dari aspek kebajikan, program kemasyarakatan serta dapat membantu para ahli alumni sendiri serta sekolah sendiri dari segi kelengkapan sekolah dan sebagainya. 

 

 

 

 

''Ini merupakan program pertama yang dijalankan oleh Jayy Production bersama Celebrity Sports Club bagi mejayakan Bowling bersama Alumni STAR'', UJar CEO Jayy Production, Puan Juwita Abd Aziz.

 

 

 

 

 

''kali ini Celebrity Sports Club berkerjasama bagi menjayakan program Bowling Alumni STAR yang dikata ia sebuah sekolah yang cukup hebat dimana program ini bertujuan beramah mesra diantara selebriti pujaan yang mana mereka hanya menonton selebriti di kaca televisyen atau dalam filem, kali ini kami turun semua bagi sama-sama memeriahkan acara ini..'' Kata Serina selaku Presiden Celebrity Sports Club.

 

 

Program kali ini dibawakan oleh Jayy Production selaku penaja utama dan tidak ketinggalan juga hidangan Kuih Keria Viral yang enak yang ditaja oleh Muffin Kl.

 

 Foto-foto sekitar acara Bowling Alumni STAR & Celebrity Sports Club

INFO MENGENAI CELEBRITY SPORTS CLUB

 

 

Celebrity Sports Club berdaftar dengan pendaftar pertubuhan ROS yang diketuai oleh Presidennya Serina Datuk Redzuawan. Kelab banyak menganjurkan  acara sukan antaranya Berbasikal, Bowling, Bola Jaring, Futsal dan juga membekalkan perkhidmatan persembahan di kalangan ahli kepada pihak umum. Info lanjut boleh ke IG Celebrity Sports Club.

INFO MENGENAI PERSATUAN BEKAS PELAJAR  SMK TENGKU AMPUAN RAHIMAH

(ALUMNI STAR)

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Rahimah terletak di Persiaran Raja Muda Musa Klang. Dengan moto BERSIH, BERKUALITI, BERPRESTASI.

 

Alumni STAR mula bergerak aktif setelah ditubuhkan secara rasmi pada 7 Februari 2011 dan ia berperanan mewujudkan dan meningkatkan jaringan kerjasama dan hubungan baik di kalangan ahli dan pihak sekolah.

 

Selain itu juga Alumni STAR Klang untuk berkongsi pengalaman dan menyumbang khidmat bakti mereka kepada pelajar dan komuniti setempat.

 

Ahli Kehormat bersama-sama Alumni STAR ialah Y.A.B Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga merupakan bekas pelajar STAR.

 

INFO MENGENAI JAYY PRODUCTION

 

 

 

Jayy Production adalah sebuah Syarikat rakaman yang baru ditubuhkan. Diketuai oleh  Puan Juwita Abd Aziz  selaku Ketua Pegawai Eksekutif. Artis pertama dibawah naungan mereka adalah Cikgu Meera. Di samping itu juga Jayy Production juga sedang mencari bakat-bakat baru dan tidak lama lagi akan menerima  dua orang lagi artis baru dan ia akan diumumkan dalam masa terdekat. Dikatakan seorang wanita dan seorang lelaki nantikan!!! MYBUZZ!

    

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.