Meer Nash & Maisarah Ukulele Percaya Rezeki Masing-Masing

April 7, 2018

 

 

Di bawah satu label On Muse Sdn Bhd, Meer Nash & Maisarah Ukulele percaya akan rezeki masing-masing. Sebagai seorang penyanyi baru, bukan mudah untuk popular ataupun dikenali terus oleh masyarakat mahupun peminat-peminat hiburan tanah air. Bagaimanapun mereka akan terus gigih memperjuangkan kerjaya seni masing-masing dan sentiasa mengharapkan sokongan peminat-peminat mereka yang menjadikan kekuatan diri untuk kekal dalam industri.

 

 

Bagi Meer Nash, 23 tahun, sendiri beliau sentiasa positif dan sentiasa memperbaiki diri dari sudut nyanyian supaya suara beliau sentiasa menjadi igauan peminat. Berwajah ala-ala Korea menjadikan beliau sentiasa tampan dan dambaan para remaja diluar sana.

 

Sebagai bekas seorang penyanyi kumpulan Votez ketika dahulu (2015-2016) dan pernah memiliki lagu single Mana Dulu dan Propa, kini beliau terus bergerak secara solo dan telah menghasilkan beberapa lagu duet bersama Maisarah Ukulele antaranya lagu Tetap Setia.

 

Anak kepada Perkahwinan campur Ibu bangsa Cina manakala Bapa bangsa Melayu dan fasih berbahasa Mandarin & Hokkien ini telah mula mempunyai bakat menyanyi sejak kecil lagi. Sejak itu lagu-lagu mandarin sentiasa dinyanyikan sehinggalah semasa menuntut di KPTM beliau mula didedahkan dengan lagu-lagu berbahasa melayu. Nantikan single terbaru Meer Nash yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.

 

 

 

 

Seorang anak gadis muda dan berjiwa kental Maisarah Ukulele, 17 tahun,  juga tidak mahu ketinggalan dalam dunia hiburan.

 

Telah menghasilkan 3 buah lagu single iaitu Tak Mungkin Sendiri, Pra Setia dan yang terkini lagu Oh! Si Kacak ciptaan beliau sendiri sedang dimainkan di beberapa stesen radio telah melonjakkan nama penyanyi muda ini untuk bertapak dalam industri. Beliau juga berbakat dalam penulisan lagu.

 

 

 

Maisarah yang juga sedang mengambil SPM tahun ini serta percaya kalau nak berjaya harus bermula dengan berkerja keras dari muda lagi. Maisarah juga sinonim sebagai pemetik Ukulele ini juga pandai bermain piano sejak kecil lagi. 

 

Terkini juga Maisarah telah mempunyai album mini yang memuatkan lagu tambahan iaitu Adakah Ini Cinta dan Siapa Lagi serta menjadikan 5 buah lagu dalam album tersebut.

 

Bila ditanya mengenai cinta? beliau membidas bahawa masih muda dan belum memikirkan soal itu dan ingin terus fokus dalam kerjaya sebagai seorang penyanyi. 

 

Di samping itu beliau akan keluarkan lagu raya 2018 tidak lama lagi.

 

 

Beliau juga ingin berterima kasih kepada label On Muse Sdn Bhd kerana beri peluang dan juga Ibu Bapa yang banyak memberikan sokongan dan dorongan. MYBUZZ!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.