Khai Bahar & Neelofa Top Top MeleTOP AME2018

April 9, 2018

 

Bertemakan Yang Lit, Yang Legend Anugerah Meletop ERA 2018  #AME2018 dengan gahnya menutup tirai dengan menobatkan Top Top MeleTOP (Lelaki), Khai Bahar dan Top Top MeleTOP (Wanita), Neelofa telah bersiaran secara langsung melalui saluran Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Ria HD (123) dan Astro Maya HD (134) jam 9.00 malam bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil malam tadi. 

 

Anugerah kategori Top Top MeleTOP ini masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 beserta sebuah trofi sumbangan Astro. Kategori ini dikira berdasarkan undian tertinggi secara keseluruhan di kalangan calon 5 terbaik.

Berikut adalah senarai penuh pemenang bagi setiap kategori anugerah:

 

Muzik

 

Lagu MeleTOP ERA – Bayang Khai Bahar

Penyanyi MeleTOP – Khai Bahar

Grup/Duo MeleTOP- Datuk Seri Siti Nurhaliza & Faizal Tahir

 

 

Radio

 

Penyampai Radio MeleTOP-  Johan JOHARA Pagi ERA

Program Radio MeleTOP- JOHARA Pagi ERA

 

 

Filem

 

Filem MeleTOP- J Revolusi

Bintang Filem MeleTOP- Fazura

 

 

TV/Online

 

Drama MeleTOP- Red Velvet

Program MeleTOP- Sepahtu Reunion Live 2017

Pelakon TV MeleTOP - Neelofa

Hos MeleTOP - Nabil Ahmad

 

 

Selebriti

 

Artis Baharu MeleTOP - Farah Nabila

Artis Lawak MeleTOP -Zizan Razak

Couple MeleTOP- Jep Sepahtu & Sariyanti

Fesyen MeleTOP - Neelofa

Si Cilik MeleTOP- Arif Jiwa Asyraf

 

Kesemua 16 kategori anugerah-anugerah di atas masing-masing membawa pulang RM5,000 berserta sebuah trofi sumbangan ASTRO. Pemenang dipilih juga berdasarkan jumlah undian tertingi di kalangan calon 5 terbaik  untuk setiap kategori. Malam tadi juga penerima Anugerah Khas AME2018 diberikan kepada Datuk Harjit Singh di mana beliau telah menyumbang khidmat bakti hampir 45 tahun dalam dunia penyiaran.

 

 
Membariskan penyampai-penyampai anugerah AME2018 terdiri daripada Nabila Razali, Datuk Rosyam Nor, Erni Zakeri, Syamel, Fara Fauzana, Jaa Suzuran, Zul Ariffin, Ziana Zain, Sabri Yunus, Maya Karin, Hannah Delisha, Sherry Alhadad, Alif Satar, Dalimawati, Mamat Khalid, Uqasha Senrose, Datuk Aznil Nawawi, Nabil & Neelofa.

 

BACA ARTIKEL TERDAHULUSiapakah Yang Paling ‘MeleTOP’ AME2018 Malam Ini? Nantikan....

 

 

 

Sekitar Acara Red Carpet AME2018

 

Acara ini digamatkan oleh hos MeleTOP Nabil Ahmad & Neelofa serta dibantu oleh hos jemputan Jihan Muse, Sabri Yunus, Sherry Alhadad dan Zul Ariffin. Manakala hos Konsert Tirai dihoskan oleh Radin & Adriana Adnan.

 

Malam AME2018 membariskan persembahan hebat daripada Altimet, Ito Blues Gang, Francisca Peter, KOOL, Noh Hujan, Ernie Zakri, Syamel. Khai Bahar, Haqiem Rusli, Ismail Izzani, XPOSE, Gersang, Virgoun, UNIC, Datuk Ramli Sarip, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Ruffedge, Mas Idayu dan Upiak.

Pada sebelah petang Konsert Tirai AME 2018 dipersembahkan oleh Nabila Razali-Permata Hati, Sufian Suhaimi-Dimatamu, Achey-Yang Terindah, Arif Barhan-Kata Akhirmu, Aman Aziz- Sulit, Wany Hasrita-Ewah Ewah &  Floor 88-Aqilah. MYBUZZ!



 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.