Khai Bahar & Neelofa Top Top MeleTOP AME2018



Bertemakan Yang Lit, Yang Legend Anugerah Meletop ERA 2018 #AME2018 dengan gahnya menutup tirai dengan menobatkan Top Top MeleTOP (Lelaki), Khai Bahar dan Top Top MeleTOP (Wanita), Neelofa telah bersiaran secara langsung melalui saluran Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Ria HD (123) dan Astro Maya HD (134) jam 9.00 malam bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil malam tadi.


Anugerah kategori Top Top MeleTOP ini masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 beserta sebuah trofi sumbangan Astro. Kategori ini dikira berdasarkan undian tertinggi secara keseluruhan di kalangan calon 5 terbaik. Berikut adalah senarai penuh pemenang bagi setiap kategori anugerah:


Muzik

Lagu MeleTOP ERA – Bayang Khai Bahar

Penyanyi MeleTOP – Khai Bahar

Grup/Duo MeleTOP- Datuk Seri Siti Nurhaliza & Faizal Tahir

Radio

Penyampai Radio MeleTOP- Johan JOHARA Pagi ERA

Program Radio MeleTOP- JOHARA Pagi ERA

Filem

Filem MeleTOP- J Revolusi

Bintang Filem MeleTOP- Fazura

TV/Online

Drama MeleTOP- Red Velvet

Program MeleTOP- Sepahtu Reunion Live 2017

Pelakon TV MeleTOP - Neelofa

Hos MeleTOP - Nabil Ahmad

Selebriti

Artis Baharu MeleTOP - Farah Nabila

Artis Lawak MeleTOP -Zizan Razak

Couple MeleTOP- Jep Sepahtu & Sariyanti

Fesyen MeleTOP - Neelofa

Si Cilik MeleTOP- Arif Jiwa Asyraf


Kesemua 16 kategori anugerah-anugerah di atas masing-masing membawa pulang RM5,000 berserta sebuah trofi sumbangan ASTRO. Pemenang dipilih juga berdasarkan jumlah undian tertingi di kalangan calon 5 terbaik untuk setiap kategori. Malam tadi juga penerima Anugerah Khas AME2018 diberikan kepada Datuk Harjit Singh di mana beliau telah menyumbang khidmat bakti hampir 45 tahun dalam dunia penyiaran.


Membariskan penyampai-penyampai anugerah AME2018 terdiri daripada Nabila Razali, Datuk Rosyam Nor, Erni Zakeri, Syamel, Fara Fauzana, Jaa Suzuran, Zul Ariffin, Ziana Zain, Sabri Yunus, Maya Karin, Hannah Delisha, Sherry Alhadad, Alif Satar, Dalimawati, Mamat Khalid, Uqasha Senrose, Datuk Aznil Nawawi, Nabil & Neelofa.


BACA ARTIKEL TERDAHULU: Siapakah Yang Paling ‘MeleTOP’ AME2018 Malam Ini? Nantikan....





Sekitar Acara Red Carpet AME2018


Acara ini digamatkan oleh hos MeleTOP Nabil Ahmad & Neelofa serta dibantu oleh hos jemputan Jihan Muse, Sabri Yunus, Sherry Alhadad dan Zul Ariffin. Manakala hos Konsert Tirai dihoskan oleh Radin & Adriana Adnan.