“Dr. Irma Tanya Anda Boleh Nyanyi Ke?” Anjuran Dr. Irma Entertainment Bersama Johor FM

April 10, 2018

 

 

 

• Misi mencari #suarajuara untuk digilap sebagai bintang nyanyian menerusi industri

  hiburan tanah air.
• Wang tunai sejumlah RM10,000 untuk dimenangi dan berpeluang menjadi artis

  rakaman Dr. Irma Entertainment.


Dr. Irma Entertainment kembali melancarkan kempen dan peraduan terbaru “Dr. Irma Tanya Anda Boleh Nyanyi Ke?”, dengan kerjasama Johor FM yang diberi nama SUARA JUARA. Terbuka kepada umum, peraduan pencarian bakat baru ini dilancarkan secara eksklusif menerusi akaun Instagram Dr. Irma Entertainment, di mana ia merupakan kerjasama bersama dengan Johor FM serta kolaborasi promosi bersama instagram Malaysian Cover.


Kempen “Dr. Irma Tanya Anda Boleh Nyanyi Ke?” merupakan usaha yang dilakukan untuk mencari dan menggilap bintang baru dalam bidang nyanyian dengan menghadiahkan wang tunai keseluruhan sebanyak RM10,000 serta pemenang berpeluang menjadi artis rakaman Dr. Irma Entertainment. Peraduan “Dr. Irma Tanya Anda Boleh Nyanyi?” - SUARA JUARA di mana proses sarinagn awal dijalankan secara eksklusif menerusi laman media sosial Instagram dan Facebook Dr. Irma Entertainment.

 

Instagram Suara Juara

 

Peserta yang berminat hanya perlu menyanyikan semula salah satu daripada lagu wajib Definasi Cinta, Bidadari, Antidot Lara, Melankolia atau pun Cinta Tirai Biru. Nyanyian semula ini kemudiannya perlu dimuat naik ke akaun Instagram peribadi peserta dengan memasukkan hashtag #DrIrmaContest , #SuaraJuara beserta tag akaun @dr.irma_entertainment ,@johorfm dan @suarajuara


Juara akan dipilih menerusi jumlah tontonan video paling banyak daripada video-video nyanyian semula yang dimuatnaik oleh penyelaras pertandingan ke akaun @suarajuara. Sebanyak 15 peserta akan dipilih berdasarkan tontonan paling banyak untuk ke konsert semifinal dan konsert akhir peraduan ini yang akan dijalankan di Auditorium RTM Johor.

Tiada sebarang caj dikenakan kepada mereka yang ingin menyertai peraduan ini. Para peserta hanya perlu memuat naik video nyanyian mereka di Instagram sahaja.


Untuk maklumat lanjut, layari akaun Instagram Dr. Irma Entertainment (@dr.irma_entertainment) atau hubungi nombor 012 643 1266 untuk sebarang penyertaan. |MYBUZZ! 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.