SINGLE  “LUARBIASA”  ISMAIL IZZANI HADIAH BUAT PEMINAT

April 13, 2018

 

 

NUANSA MUZIK ”LUAR BIASA” lSMAlL lZZANl feat ALIF SLEEQ.

 

Setelah mula dikenali menerusi genre pop dan balada, kini penyanyi remaja popular lsmail lzzani cuba tampil dengan genre berbeza menerusi single ketiganya yang berjudul “LUAR BIASA”. Single yang menggabungkan genre pop dan electronic dance music (EDM) ini turut menyelitkan unsur rap yang dipersembahkan oleh bekas ahli kumpulan Sleeq, Alif. Lagu dan lirik ”LUAR BIASA” ini merupakan hasil ciptaan The Good Fellas. Single ini juga merupakan terbitan bersama World Peace Entertainment Sdn Bhd dan Warner Music (M) Sdn Bhd dan edaran oleh Warner Music (M) Sdn Bhd.

”LUAR BIASA" ini merupakan hadiah Ismail lzzani kepada peminatnya yang setia menyokong beliau sedari awal kemunculannya di dalam industri muzik tanah air. Video muzik "LUAR BIASA” ini turut menampilkan sisi bakat tari Ismail. la merupakan arahan Firdaus Hashim dan susunan koreografi yang menarik pula oleh Aus daripada Nasty Rock Crews, video muzik ”LUAR BIASA” ini menyajikan sajian visual yang tampak segar dan bertenaga setanding dengan video muzik antarabangsa.

Sejak dilancarkan pada 16 MAC 2018 di kesemua pelantar muzik digital, "LUAR BIASA" berjaya menduduki tangga teratas dalam carta RIM ’Lagu Domestik PalingTinggi Penstriman’ untuk 2 minggu berturut-turut. Manakala video muzik ”LUAR BIASA" pula sudah mencecah lebih 4 juta tontonan di Youtube sejak dimuatnaik pada 16 Mac lalu. ”LUAR BIASA" boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox , Deezer dan juga iTunes. Manakala video muzik ”LUAR BIASA” pula boleh ditonton di saluran Youtube World Peace Entertainment. Selain daripada itu, Luar Biasa versi karaoke juga sudah boleh didapati di kesemua cawangan Red Box, Green Box dan Red Box PLUS Karaoke di seluruh Malaysia mulai hari ini. | MYBUZZ! 

GALERI | SEKITAR MAJLIS PELANCARAN SINGLE & MV "LUAR BIASA

 

 

 

Tajuk : Luar Biasa
Artis : Ismail Izzani
Komposer : The Good Fellas
Lirik : The Good Fellas

 

Apa erti sayang?
Erti setia?
Setiap hari sayang
Yang luar biasa

Aku tahu
Ini lebih dari cinta
Apa lah kami jika bukan 

 

Luar biasa
Kau juga yakin
Ini lebih dari cinta
Dan jika kau sedia

Akan aku hadir
Hanya untukmu
Akan aku lawan
Hanya untukmu
Akan aku rindu
Hanya padamu
Tak usah kau bimbang
Dan tak usah tertanya

Apa erti sayang?
Erti setia?
Setiap hari sayang
Yang luar biasa

Apa erti sayang?
Erti setia?
Setiap hari sayang
Yang luar biasa

We ain't gotta go viral
Please stay the same
Then we'll go up
The only way
You know that I will give you what you want
Just so you know
You're second to none


    
Akan aku hadir
Hanya untukmu
Akan aku lawan
Hanya untukmu
Akan aku rindu
Hanya padamu
Tak usah kau bimbang
Dan tak usah tertanya

Apa erti sayang?
Erti setia?
Setiap hari sayang
Yang luar biasa

Apa erti sayang?
Erti setia?
Setiap hari sayang
Yang luar biasa

Bukan lebih tahu
Tapi jika kamu yakin
Jangan ragu-ragu
Like a different feeling
Tak kau sangka macam kena pop quiz
Terima sahaja apa adanya
Dan selalu ingat padaNya
You know what the life can bring
You want the finer things
I can't even lie
Good vibes
For the win

Aku doakan hanya yang terbaik untuk kami
Cinta yang luar biasa
Cinta yang luar biasa
Yang luar biasa 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.