SINGLE  “LUARBIASA”  ISMAIL IZZANI HADIAH BUAT PEMINAT



NUANSA MUZIK ”LUAR BIASA” lSMAlL lZZANl feat ALIF SLEEQ.


Setelah mula dikenali menerusi genre pop dan balada, kini penyanyi remaja popular lsmail lzzani cuba tampil dengan genre berbeza menerusi single ketiganya yang berjudul “LUAR BIASA”. Single yang menggabungkan genre pop dan electronic dance music (EDM) ini turut menyelitkan unsur rap yang dipersembahkan oleh bekas ahli kumpulan Sleeq, Alif. Lagu dan lirik ”LUAR BIASA” ini merupakan hasil ciptaan The Good Fellas. Single ini juga merupakan terbitan bersama World Peace Entertainment Sdn Bhd dan Warner Music (M) Sdn Bhd dan edaran oleh Warner Music (M) Sdn Bhd. ”LUAR BIASA" ini merupakan hadiah Ismail lzzani kepada peminatnya yang setia menyokong beliau sedari awal kemunculannya di dalam industri muzik tanah air. Video muzik "LUAR BIASA” ini turut menampilkan sisi bakat tari Ismail. la merupakan arahan Firdaus Hashim dan susunan koreografi yang menarik pula oleh Aus daripada Nasty Rock Crews, video muzik ”LUAR BIASA” ini menyajikan sajian visual yang tampak segar dan bertenaga setanding dengan video muzik antarabangsa. Sejak dilancarkan pada 16 MAC 2018 di kesemua pelantar muzik digital, "LUAR BIASA" berjaya menduduki tangga teratas dalam carta RIM ’Lagu Domestik PalingTinggi Penstriman’ untuk 2 minggu berturut-turut. Manakala video muzik ”LUAR BIASA" pula sudah mencecah lebih 4 juta tontonan di Youtube sejak dimuatnaik pada 16 Mac lalu. ”LUAR BIASA" boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox , Deezer dan juga iTunes. Manakala video muzik ”LUAR BIASA” pula boleh ditonton di saluran Youtube World Peace Entertainment. Selain daripada itu, Luar Biasa versi karaoke juga sudah boleh didapati di kesemua cawangan Red Box, Green Box dan Red Box PLUS Karaoke di seluruh Malaysia mulai hari ini. | MYBUZZ!

GALERI | SEKITAR MAJLIS PELANCARAN SINGLE & MV "LUAR BIASA


Tajuk : Luar Biasa Artis : Ismail Izzani Komposer : The Good Fellas Lirik : The Good Fellas

Apa erti sayang? Erti setia? Setiap hari sayang Yang luar biasa Aku tahu Ini lebih dari cinta Apa lah kami jika bukan

Luar biasa Kau juga yakin Ini lebih dari cinta Dan jika kau sedia Akan aku hadir Hanya untukmu Akan aku lawan Hanya untukmu Akan aku rindu Hanya padamu Tak usah kau bimbang Dan tak usah tertanya Apa erti sayang? Erti setia? Setiap hari sayang Yang luar biasa Apa erti sayang? Erti setia? Setiap hari sayang Yang luar biasa We ain't gotta go viral Please stay the same Then we'll go up The only way You know that I will give you what you want Just so you know You're second to none

Akan aku hadir Hanya untukmu Akan aku lawan Hanya untukmu Akan aku rindu Hanya padamu Tak usah kau bimbang Dan tak usah tertanya Apa erti sayang? Erti setia? Setiap hari sayang Yang luar biasa Apa erti sayang? Erti setia? Setiap hari sayang Yang luar biasa Bukan lebih tahu Tapi jika kamu yakin Jangan ragu-ragu Like a different feeling Tak kau sangka macam kena pop quiz Terima sahaja apa adanya Dan selalu ingat padaNya You know what the life can bring You want the finer things I can't even lie Good vibes For the win Aku doakan hanya yang terbaik untuk kami Cinta yang luar biasa Cinta yang luar biasa Yang luar biasa

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.