ALBUM KHAS NADA SENI RITMA NEGARA ‘KAWAN SETIA’ DATO DJ DAVE DILANCAR

April 19, 2018

 

Semalam telah berlansung majlis pelancaran Album Khas Nada Seni Ritma Negara berjudul 'Kawan Setia' oleh Datuk DJ Dave. Majlis berkenaan telah berlansung di Grand Ballroom Hotel Seri Pacific dengan kehadiran ramai karyawan industri seni tanahair terdiri dari seniman, budayawan, karyawan, sasterawan, sehinggalah kepada para penggiat media seni tanahair keseluruhannya sebagai menyatakan sokongan terhadap kelahiran album tersebut.

 

Album Khas Nada Seni Ritma Negara ‘Kawan Setia’ ini dizahirkan dengan tujuan untuk memperingatkan setiap daripada individu khususnya rakyat di Malaysia akan peri pentingnya memupuk nilai-nilai kesetiaan dari dalam diri sendiri sebelum memandang ke luar mencari-cari siapakah kawan yang mahu bersetia dengan kita. Pelancaran album ini telah dirasmikan oleh Penasihat Kepada YAB Perdana Menteri Yang Berbahagia Datuk Seri Professor Dr. Khairil Annas Jusoh

Pelancaran Album Khas ini merupakan rentetan daripada pelbagai program yang telah dilaksanakan bagi mengiktiraf sumbangan lnsan-Insan Seni. Antaranya termasuklah Dialog Penggiat Seni TN50 bersama YAB Perdana Menteri pada tahun Ialu yang mendapat sambutan dl luar jangkaan; dan Majlis Berbuka Puasa lstimawa Ramadhan 2017 di Seri Perdana. Putrajaya. Tidak cukup dengan Itu, dua siri program umrah telah dikhaskan kepada Penggiat Seni Tanahair Program Umrah Penggiat Seni I pada Januari Ialu, dan Program Umrah Penggiat Seni II pada penengahan April baru-baru lni.

Langkah ini adalah sebagai tanda keprihatinan pihak Kerajaan yang tidak pernah putus terhadap Insan-lnsan Seni khususnya dari lubuk hati terdalam Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Tun Razak dan Yang Amat Berbahagia Datin Sri Rosmah Mansor. Dari semasa ke semasa, keprihatinan itu diteruskan melalui pelbagai program dan inisiatif.

 
"Seandainya kita peka dengan lafaz ucapan YAB Perdana Menteri, hampir setiap ucapan besar beliau tidak ‘lupa untuk menyulamkan bait-bait petikan yang terilham daripada nukilan para penggiat seni. lni sebenarnya adalah lambang penghargaan yang amat tinggi oleh YAB Perdana Menteri terhadap para penggiat seni negara bagi yang memahami." ujar Yang Berbahagia Datuk Seri Professor Dr. Khairil Annas Jusoh lewat ucapannya sebelum merasmikan album "Kawan Setia" Datuk DJ Dave. (foto)

Rentetan penghargaan ltu, makanya pada Perhimpunan Agung Umno 2017 lalu, YAB Perdana Menteri telah sekali lagl memetik bait-bait yang amat bermakna daripada lagu yang dipopularkan oleh Biduan Tersohor Tanahair, Datuk DJ Dave - Kawan Setia:

“Sukarnya mencari kawan yang setia, yang sanggup menolong di masa kau susah. Kawan waktu senang, tak payah kau cari-cari -di mana saja mudah kaujumpa. Kawan yang setia ibarat cahaya, menjadi penerang masa kegelapan, Dia tak tergamak membiarkan kau sendiri, Nasibmu pasti akan dibela”.

Dalam ucapan YAB Perdana Menteri pada Persidangan itu, Timbalan Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi telah dlperlambangkan sebagai memiliki kesetiaan seorang kawan yang dlcari-cari.

Sehubungan itu tercetuslah ilham di pihak Pejabat Penasihat Perdana Menteri - bersama Yayasan Perdana Ummah dan Yayasan Mustika Kasih - untuk memperkembang lagi hasrat YAB Perdana Menteri melihat nilai-nilai kesetiaan dlsemai di kalangan masyarakat Negara kita ini. Lalu, seorang Tokoh Muzik Berpengalaman, S. Atan telah dipelawa sebagai komposer.

Maka terhasillah sebuah Album Khas dengan penuh ketelitian. Dua (2) buah Iagu: Kawan Setia dan NegaraKu Tercinta, yang keduanya ciptaan S. Atan) telah digubah semula. Susunan muzlk yang melengkapkan komposisinya juga terpilih. Setiap satunya dilringi tujuh (7) tambahan instrumen, antaranya ialah piano, akordian, dua gitar lead, satu gitar bass, biola, dan percussion. Ia bukan sekadar menghimpunkan semula Iagu-Iagu lama, tetapi telah menampilkan sentuhan baru yang memanfaatkan rakaman muzik secara live.

Selain susunan muzlknya digubah kembali, Datuk DJ Dave juga telah merakamkan semula vokal bagi kedua-dua Iagu itu. Bahkan Iirik bagi Iagu Negaraku Tercinta telah diperkemas secara bersama dengan Penasihat Kepada YAB Perdana Menteri Yang Berbahagia Datuk Seri Professor Dr. Khairil Annas Jusoh agar relevan dengan perkembangan masyarakat di Negara tercinta ini.

Ringkasnya, Album Khas Nada Seni Ritma Negara - ‘Kawan Setia’ ini menampilkan dua (2) buah Iagu: Kawan Setia (Ciptaan: S.Atan / Lirik: Haron Abdul Majid) dan Negaraku Tercinta (Ciptaan: S.Atan / Lirlk: DJ Dave, Zai, DSKAJ). Album lnl turut diiringi penghasilan sebuah klip video khas yang mentafsirkan inti makna Kawan Setia pada lensa tersendiri.

Pejabat Penasihat Perdana Menteri dan Yayasan Perdana Ummah berharap agar  pelancaran album ini akan membawa impak positif kepada seni negara. |MYBUZZ!

 

 

 

Tajuk : Kawan Setia
Artis : Datuk DJ Dave
Komposer : Datuk DJ Dave
Lirik : Datuk DJ Dave

 

Sukarnya mencari kawan yang setia
Yang sanggup menolong di masa kau susah
Kawan waktu senang tak payah kau cari-cari
Di mana saja mudah kau jumpa

 

Kawan yang setia ibarat cahaya
Menjadi penerang masa kegelapan
Dia tak tergamak biarkan engkau sendiri
Nasibmu pasti akan dibela

 

Pengalamanku di masa yang telah lalu
Buatku sedar tentang hidup ini
Waktuku senang ramai teman-teman dan saudara
Tapi bila aku susah mereka menjauh

 

Di mana agaknya dapatku temui
Kawan yang setia yang berhati suci
Sanggup membimbingku
Memberi semangat baru
Agarku dapat teruskan jalan hidup

 

Pengalamanku di masa yang telah lalu
Buatku sedar tentang hidup ini
Waktuku senang ramai teman-teman dan saudara
Tapi bila aku susah mereka menjauh

 

Di mana agaknya dapatku temui
Kawan yang setia yang berhati suci
Sanggup membimbingku
Memberi semangat baru
Agarku dapat teruskan jalan hidup

 

GALERI | SEKITAR MAJLIS PELANCARAN ALBUM KHAS NADA SENI RITMA NEGARA 

                     "KAWAN SETIA" DATO DJ DAVE

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.