Anuar Zain, Bunga Citra Lestari & Yuka Memukau lebih 2500 Penonton

April 29, 2018

 

Mantap, Hebat & Padu kata-kata yang boleh diungkapkan ketika Live In Concert Anuar Zain, Bunga Citra Lestari & Yuka Kharisma telah memukau lebih 2500 penonton yang hadir di Plenary Hall, KLCC malam sabtu lalu.

 

 

 

Konsert yang berdurasi hampir 2 jam setengah telah mengabungkan penyanyi tersohor kedua-dua buah negara Malaysia & Indonesia.

 

Anuar Zain, nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri muzik. Penyanyi tersohor ini akan membawakan Iagu-Iagu hits beliau dalam alunan vokalnya yang cukup mempesona dan menggetarkan jiwa. Bunga Citra Lestari (BCL), penyanyi pop Indonesia yang juga merupakan pelakon terkenal ini baru sahaja usai dengan konsert solo pertamanya di Indonesia. Hari ini akan menyaksikan kemunculan perdana BCL dalam skala konsert di Malaysia. 

 

 

Yuka Kharisma, penyanyi yang semakin meningkat nama ini mula dikenali dengan lagu Hati Berbisik yang merupakan lagu runut bunyi bagi filem ”Love Supermoon”. Penyanyi ini akan membawakan Iagu-lagunya yang terdapat dalam album perdananya yang berjudul #1.

 

BUNGA CITRA LESTARI

 

Pada malam itu, pembukaan konsert dan persembahan pertama digegarkan oleh Bunga Citra Lestari yang telah melantunkan sebanyak 11 buah lagu terdiri daripada iaitu:

 

1. lngkar

2. Pernah Muda

3. Sunny

4. Karena Kucinta Kau

5. Jangan Gila 

6. Jera

7. Cinta Sejati

8. Aku Wanita

9. Aku dan Dirimu

10. Legenda

11. Wanita Terbahagia

 

YUKA KHARISMA

 

Segmen kedua, diteruskan oleh Yuka Kharisma dengan mendendangkan 5 buah lagu iaitu:

 

1. Baby Santai
2. Mati Rasa
3. Warna 
4. Ku Bersedia
5. Jampi 
6. Pulang 

 

ANUAR ZAIN

 

Segmen ketiga pula dimonopoli oleh Penyanyi Soul terhebat Anuar Zain yang juga mendendangkan sebanyak 5 buah lagu iaitu:

 

1. Kau Bunga Cintaku
2. Andainya Takdir (Part 1)
3. Cinta Takkan Berakhir (Part 2)
4. Sedetik Lebih
5. Lelaki Ini 

 

 

Segmen terakhir konsert mempersembahkan gabungan Anuar Zain, Bunga Citra Lestari dan Yuka Kharisma dengan membawa lagu Kaulah Segalanya dan Belaian Jiwa.

 

 

Ikuti Sidang Media sejurus selepas konsert...

 

 

 

 

 

ANUAR ZAIN, BUNGA CITRA LESTARI AND YUKA KHARlSMA LIVE IN CONCERT ini dianjurkan oleh DTA Fashion Art Performance Sdn Bhd.


Co-Sponsor: Fatime

Gold Sponsor: YES | Forest CitySilver

Sponsor : Naza TTDI

Radio Rasmi: HotFM | KoolFM

Media Partner: RedBox & GreenBoxSkyBkuebMedia

Ticket Partner: Boost

 

Buat julung kalinya, industri fesyen tanahair digegarkan dengan pertunjukan fesyen oleh Fatime di dalam konsert tersohor, “Anuar Zain, Bunga Citra Lestari dan Yuka Kharisma Live In Concert” .MYBUZZ!

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.