ELVIRA JULANG TROFI JUARA MENTOR OTAI

April 30, 2018

Malam tadi terjawab sudah Siapakah Juara Mentor Otai 2018. Malam persaingan yang sengit di antara Elvira Protege kepada Misha Omar telah dinobatkan sebagai Juara Mentor Otai 2018 manakala Azee protege Zarul Husin bergelar Naib Juara, Alina Hassan protege Siti Sarah jatuh tempat ketiga dan AJ protege Tam Spider menduduki tempat keempat. Mentor Otai Akhir bersiaran secara langsung di TV3 pada jam 10 malam.

 

Juara Mentor Otai membawa pulang  wang tunai berjumlah RM100,000. Naib Juara bawa wang tunai RM50,000, tempat ketiga RM20,000 dan tempat keempat RM5,000 dan juga masing-masing membawa pulang sebuah trofi.

 

Dari kiri Zarul Husin, Azee, Elvira, Misha Omar, Alina Hassan, Siti Sarah, Aj dan Tam Spider

 

 

 

Elvira telah mempersembahkan lagu ‘Bukan Dia Tapi Aku’ secara solo dan ‘Nur Nilam Sari’ secara duet bersama Azlan Typewriter. Kedua-dua persembahannya itu telah menambat hati majoriti juri awam yang terdiri daripada wakil industri hiburan tanah air dan meraih 19% undian.

 

Pada malam tersebut, MYBUZZ telah diberi penghormatan untuk menjadi Juri Awam. Terima Kasih Mentor Otai & TV3.

 

Menurut juri tetap Mentor Otai, Edry Abdul Halim, “Sememangnya saya amat minat dengan nada suara Elvira semenjak konsert pertama lagi. Tambahan pula, selain daripada persembahan-persembahannya yang sentiasa bertenaga, Elvira kreatif dan mempunyai originalitinya sendiri. Elvira pandai mengubah susunan lagu asal menjadikan lagu itu lagunya sendiri. Itu yang menjadikan Elvira layak digelar Juara Mentor Otai ini.”

 

Menurut Mentor kepada Elvira, Misha Omar, “Perjalanan saya sebagai mentor dalam program ini merupakan satu pengalaman yang amat berharga buat saya. Terutamanya kerana hubungan saya dengan Elvira seperti ibu dan anak. Kami begitu rapat sehinggakan setiap jatuh bangun Elvira dalam program ini dapat saya rasakan. Terutamanya apabila Elvira pernah menduduki tempat kedua terbawah pada konsert kedua (minggu ketiga) suatu ketika dahulu. Namun, pada malam ini, Elvira telah ketepikan semua tenaga negatif dan mempelajari setiap kesilapannya sehingga saya berasa amat berbangga dengan Elvira. Saya harap selepas Mentor Otai ini, Elvira tidak akan berhenti menyanyi dan terus belajar. Kepada penyokong Elvira, teruslah menyokong karier Elvira, kerana Elvira mampu pergi jauh lagi.”

                                                            

 

Ikuti Sidang Media sejurus selepas berakhirnya Mentor Otai malam tadi.

 

 

 

Menyingkap kembali Pentas Akhir Mentor Otai pada malam itu, suasana studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam amat meriah. Terutamanya dengan persembahan Kugiran Masdo sebagai pembuka tirai dengan lagu mereka, ‘Bercanda’ dan ‘Mas Mona’. Kemudian, Pentas Akhir Mentor Otai diteruskan dengan persembahan protégé - protégé seperti dalam jadual dibawah:

 

 

 

 

 

Sementara itu, persembahan penutup Pentas Akhir Mentor Otai disampaikan oleh Saleem dengan lagu ‘Suci Dalam Debu’.

 

Kesemua persembahan protégé telah diadili oleh juri tetap, Edry Abdul Halim dan Mark Adam yang mempengaruhi 50% daripada markah keseluruhan mereka. Markah mereka akan ditambahkan pula dengan 20% undian juri awam, dan 30% undian atas talian melalui laman web www.xtra.com.my/mentorotai.

 

Para penonton telah mengambil bahagian dalam menentukan pemenang Mentor Otai ini dengan menjadi pengadil persembahan protégé Mentor Otai. Para penonton telah mengadili persembahan para protégé melalui undian atas talian bermula pukul 6.00 petang sehingga diumumkan waktu talian undian ditutup. Dengan melayari www.xtra.com.my/mentorotai, seorang penonton boleh mengundi sebanyak tiga kali, tidak kira mana-mana protégé. Contohnya, mereka boleh mengundi Azee sebanyak tiga kali, atau meletakkan satu undian untuk Azee, Elvira, dan Alina.

 

Bersama Haziq Hussni (Hot FM) dan Elly Mazlein bersiaran secara langsung pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Mentor Otai diterajui oleh Encik Muhamad Sufian Che Isa selaku Penerbit Eksekutif dan Abdul Ghani Mohd Mokhtar selaku Penerbit Mentor Otai. Program ini juga mendapat sokongan geng media seperti Geng Media Online BH Online dan Oh! Bulan, serta Geng Strim Live HD tonton.

 

Buat mereka yang tidak berkesempatan untuk menonton siaran langsung Pentas Akhir Mentor Otai ini, saksikan siaran ulangannya pada hari Jumaat, pukul 9.30 pagi di TV3 atau di portal video nombor satu negara, tonton (www.tonton.com.my).MYBUZZ!

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.