Anuar Zain, Bunga Citra Lestari & Yuka Memukau lebih 2500 Penonton



Mantap, Hebat & Padu kata-kata yang boleh diungkapkan ketika Live In Concert Anuar Zain, Bunga Citra Lestari & Yuka Kharisma telah memukau lebih 2500 penonton yang hadir di Plenary Hall, KLCC malam sabtu lalu.




Konsert yang berdurasi hampir 2 jam setengah telah mengabungkan penyanyi tersohor kedua-dua buah negara Malaysia & Indonesia.


Anuar Zain, nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri muzik. Penyanyi tersohor ini akan membawakan Iagu-Iagu hits beliau dalam alunan vokalnya yang cukup mempesona dan menggetarkan jiwa. Bunga Citra Lestari (BCL), penyanyi pop Indonesia yang juga merupakan pelakon terkenal ini baru sahaja usai dengan konsert solo pertamanya di Indonesia. Hari ini akan menyaksikan kemunculan perdana BCL dalam skala konsert di Malaysia.


Yuka Kharisma, penyanyi yang semakin meningkat nama ini mula dikenali dengan lagu Hati Berbisik yang merupakan lagu runut bunyi bagi filem ”Love Supermoon”. Penyanyi ini akan membawakan Iagu-lagunya yang terdapat dalam album perdananya yang berjudul #1.


BUNGA CITRA LESTARI

Pada malam itu, pembukaan konsert dan persembahan pertama digegarkan oleh Bunga Citra Lestari yang telah melantunkan sebanyak 11 buah lagu terdiri daripada iaitu:


1. lngkar

2. Pernah Muda

3. Sunny

4. Karena Kucinta Kau

5. Jangan Gila

6. Jera

7. Cinta Sejati

8. Aku Wanita

9. Aku dan Dirimu

10. Legenda

11. Wanita Terbahagia



YUKA KHARISMA