'SEPERTI DILAHIRKAN SEMULA' -PADI

May 1, 2018

 

Semalam (30.04.18), berlansung sidang media PADI REBORN EXCLUSIVE LIVE IN KL (2018) bagi mengumumkan tarikh berlansungnya konsert serta penaja bagi konsert tersebut. Majlis telah dihadiri oleh vokalis kumpulan itu, Fadly atau nama sebenarnya Andi Fadly Arifuddin, Piyu (Gitar), Ari (Gitar) .

 

Mengakui masing-masing mempunyai ego yang tinggi, Fadly memberitahu dia dan ahli kumpulannya yang lain menyedari cabaran yang dilalui sepanjang 7 tahun 'waktu rehat' membuatkan mereka merasakan perlu antara satu sama lain

 

“Kami mengakui masing-masing mempunyai ego yang sangat tinggi. Selama tujuh tahun ini macam-macam cabaran datang bertubi-tubi. Perjalanan itu membuatkan kami sedar bahawa kami perlu satu sama lain. Ketika itu masing-masing memilih jalan yang jauh. Namun disebabkan rindu nak kembali ke rumah (kumpulan) membuatkan kami bersatu semula,” ujar Fadly (foto) ketika diajukan soalan selepas sidang media tersebut.

Mereka seperti terlahir semula. Maka dengan itu, buat pertama kalinya dalam sejarah penubuhan Padi sejak tahun 1997 kumpulan tersebut akan mengadakan konsert perdana mereka, Padi Reborn Exclusive Live In KL yang dijadualkan berlangsung pada 30 Jun 2018.

la ternyata bukan sesuatu yang asing untuk mereka kembali menguasai pentas dan menghiburkan dahaga Sobat Padi, namun berdiri semula di atas nama Padi Reborn, dengan usia yang sudah menuai manis matang, kumpulan yang berasal dari Surabaya itu menjanjikan nikmat yang tidak sedikit untuk diraikan.

Deretan hit klasik seperti Mahadewi, Sesuatu Yang Tertunda, Menanti Sebuah Jawaban, Begitu lndah atau Kasih Tak Sampai pasti akan diperdengarkan. Tidak sekadar itu, Padi Reborn menjanjikan hal yang Iebih luar biasa buat Sobat Padi.

 

"Kami berasa cukup terharu dan senang sekali kerana buat pertama kalinya dengan memakai nama Padi Reborn, sebuah konsert solo kami akan dipersembahkan. Persembahan di Malaysia ini juga sebagai lambang apresiasi buat Sobat Padi yang tidak pernah lelah menyokong kami biar pada saat Padi vakum dan kini kembali. Kami berharap Sobat Padi Malaysia akan senang dan bergembira bersama menvanyikan Iagu-lagu Padi," ujar Piyu. (foto)

 
Dibawakan oleh Qew Communications Sdn Bhd, Pengarah Urusan syarikat tersebut, Muhamad Iqbal Bin Mohamad, Iebih berbesar hati kerana lamarannya untuk membawa Padi Reborn masuk ke Malaysia menerima kata sepakat yang baik daripada kumpulan tersebut. Sementelah, ini merupakan konsert sulung dan solo Padi Reborn yang begitu 'mahal' dan eksklusif sejak penubuhannya untuk beraksi di Malaysia.

Tiket-tiket untuk menikmati untaian indah Padi Reborn Live Exclusive In KL pada 30 Jun depan sudah dijual dengan harga RM179 untuk standard (Platinum) dan sesi meet and greet pula RM290 untuk standard. Tiket ‘early bird’ telah habis dijual seminggu selepas pengumuman tentang konsert ini dibuat.

Semua tiket boleh diperoleh dengan melayari www.buytickets.com.my

Tiket promosi harga istimewa juga boleh didapati sepanjang roadshow yang bakal diadakan sepanjang bulan Mei ini.

 

PADI REBORN EXCLUSIVE LIVE IN KL dianjurkan oleh Qew Communications Sdn Bhd.

INFO 》
Tarikh:  30 Jun 2018, Sabtu
Masa:  8 Malam
Lokasi:  KL Live, Kuala Lumpur
Harga Tiket:  Meet & Greet RM290, Platinum RM179
Tiket:  www.buytickets.com.my

GALERI | SIDANG MEDIA PADI REBORN EXCLUSIVE LIVE IN KL (2018)

 

 


 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.