MXM TEMUI PEMINAT DI MALAYSIA

May 2, 2018

 

Semalam (01.05.2018) berlansung acara MXM Match Up Fan Meeting yang diadakan di Dewan Konvensyen HGH, Sentul. Acara itu ternyata begitu meriah dan dihadiri kira-kira 1,000 peminat.

 

MXM merupakan kumpulan duo yang bernaung di bawah pengurusan Brand New Music dan Warner Music Korea yang terdiri daripada dua orang ahli, Lim Young Min dan Kim Dong Hyun. Kedua-dua mereka bertambah popular selepas menyertai Produce 101 Season 2 (salah satu program muzik realiti yang paling popular di Korea), di samping pasangan label mereka, Daehwi dan Park Woo Jin yang memenangi program tersebut dan memulakan kerjaya sebagai anggota di Wanna One.



Jelas Young Min, mereka begitu teruja dapat bertemu dengan peminat di Malaysia kerana selama ini peminat di negara ini mula menyokong mereka sejak menyertai program Produce 101 lagi.

“Sebenarnya saya terharu sangat dan tak sangka MXM ada ramai peminat di Malaysia. Untuk perjumpaan nanti, kami akan cuba buat yang sebaik mungkin untuk memuaskan hati peminat.

“Ini adalah kunjungan pertama kami ke sini dan harap perjumpaan itu nanti dapat meninggalkan kenangan indah buat mereka,”
katanya pada sidang akhbar baru-baru ini.

 

MXM secara rasminya memulakan karier mereka pada 6 September 2017 telah membuktikan bakat mereka apabila mereka mengambil bahagian dalam menulis dan mengatur trek debut mereka. Mereka baru-baru ini membuat satu lagi datang dengan album tunggal istimewa mereka "REMATCH" sebelum memulakan kipas mereka di Seoul, Korea.

 

Berbanding dengan lagu-lagu tajuk sebelumnya iaitu "I Am The One" dan 'Diamond Girl' yang lebih kepada konsep yang berwarna-warni dan funky. Lagu terbaru mereka Gone Cold 'dan' Love Me Now 'terdiri daripada unsur-unsur gelap dan getaran lelaki yang buruk. MXM mampu menggabungkan dan menyesuaikan mana-mana konsep dengan sempurna.

MXM yang membawa maksud Mix and Match dilihat begitu mesra sewaktu melayan peminat mereka. Kumpulan yang menjadikan irama Synthpop, Funk, hip hop, R&B sebagai genre untuk album Rematch berharap kehadiran mereka dapat mengeratkan lagi hubungan dengan peminat tempatan.

“Walaupun antara Malaysia dan Korea Selatan, jaraknya jauh tapi bila berada di hadapan anda semua, saya rasa dekat dengan anda semua,” kata Dong Hyun.


Sepanjang tempoh dua jam acara berlangsung, Young Min dan Dong Hyun telah menunjukkan kebolehan masing-masing dengan lukisan untuk segmen teka lukisan dan sejauh mana anda mengenali MXM?

Mereka yang turut cuba mendendangkan lagu Rasa Sayang selepas diajar oleh pengacara Hani Fadzil ternyata tidak menolak apabila dipinta oleh peminat untuk melakukan gerak tari seksi atau ekspresi wajah comel.

Bagi MXM pengalaman bersama peminat di Malaysia memberi kenangan terindah dan jika diizinkan mereka mahu bertandang lagi ke sini di masa akan datang |MYBUZZ!

GALERI |  MXM MATCH UP FAN MEETING

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.