MENANGI RUMAH IMPIAN ANDA DAN HADIAH BERNILAI LEBIH RM1.5 JUTA SEPANJANG KEMPEN CAHAYA RAYA SHOPEE


Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Cahaya Raya yang menawarkan pelbagai hadiah bernilai lebih RM1.5 juta termasuk sebuah Rumah Impian bernilai RM350,000, sebuah Honda HRV bernilai RM100,000 dan sebuah Volkswagen Polo bernilai RM80,000 untuk pemenang bertuah permainan dalam aplikasi Ketupat Raya, satu usahasama dengan Visa. Kempen yang akan berlangsung dari 3 Mei hingga 17 Jun akan membariskan pelbagai tawaran eksklusif ke atas lebih 100,000 produk dengan potongan harga sehingga 90%.

Sebelum pelancaran Kempen Cahaya Raya ini, Shopee telah menjalankan satu kaji selidik pra-Raya dari 2 hingga 9 April untuk mendalami tabiat membeli-belah rakyat Malaysia dalam membuat persiapan sempena musim Hari Raya. Hampir 140,000 orang pengguna dari seluruh Malaysia telah mengambil bahagian dalam kaji selidik tersebut. Berikut merupakan antara maklumat menarik hasil daripada kaji selidik tersebut:

● Kaji selidik tersebut mendapati, 85% peserta adalah golongan belia berusia bawah 35

tahun yang merupakan pengguna tegar e-dagang.

● Jumlah responden tertinggi merupakan dari negeri Selangor, dengan rekod lebih 20%

daripada jumlah keseluruhan peserta.

● Penduduk dari Sabah dan Sarawak mencatatkan jumlah 20% daripada peserta kaji selidik

ini dan mereka mendapati membeli-belah secara dalam talian adalah lebih mudah di

samping menawarkan pilihan pelbagai jenis produk.

● 80% responden membuat persiapan sempena Hari Raya kira-kira sebulan sebelum bulan

Ramadan.

● Kira-kira 90% daripada jumlah peserta membeli-belah secara dalam talian secara kerap,

sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.

● 95% responden lebih gemar membeli-belah secara dalam talian kerana tawaran harga dan

promosi yang dilancarkan.

● Selain itu, faktor lain seperti kemudahan, variasi produk dan insentif lain termasuk

penghantaran percuma dan komisyen sifar serta platform bayaran yang selamat juga

memainkan peranan - semuanya boleh didapati di Shopee! ● Menariknya, 5 kategori pilihan golongan wanita sempena Hari Raya termasuklah Pakaian