Tasha Shilla ‘Menggila’ Dalam Airmata Syurga


AIR MATA SYURGA drama yang cukup sarat dengan airmata ini memaparkan jalan cerita yang sangat berat dan mendebarkan akan ditayangkan di HyppSensasi, saluran 116 di HyppTV mulai 7 Mei 2018 setiap hari Isnin dan Selasa jam 9.00 malam yang diterbitkan oleh Darkwaze Pictures Sdn Bhd (DWP).


Drama 30 episod arahan Raja Ahmad Alauddin dan idea asal orang kuat DWP sendiri iaitu Datuk Rafiena Ezanee Ramli ini mengangkat kisah menyayat hati yang semuanya bermula mengenai janji. Hanya kerana satu janji, hubungan kekeluargaan diambang kemusnahan malah mengubah graf kehidupan seorang perempuan menjadi hilang kawalan dan tergamak melakukan sesuatu di luar fikiran.


Dari kiri, Haliza Misbun, Tasha Shilla, Dato Rafiena, Wan Rozita Khan, Ellie Suriati, Raja Ahmad Alauddin ditemui ketika pelancaran drama bersiri Air Mata Syurga semalam

Drama ini lari daripada kebiasaan menerusi elemen ‘twist’ yang ditampilkan sehingga selain mengundang pelbagai emosi penonton terutamanya dengan gandingan pelakon hebat seperti Ellie Suriaty, Haliza Misbun dan Normah Damanhuri. Air Mata Syurga juga menyaksikan gandingan Tasha Shilla dan Afiq Muiz yang masing-masing memberikan lakonan terbaik menjayakan karakter tersendiri. Barisan pelakon cilik dalam drama ini juga antara tarikan utama dengan persembahan lakonan yang mantap dan membuatkan penonton terpaku. Bercerita lanjut, penerbit DWP Rafiena berkata, dirinya bersyukur kerana drama berkenaan dapat disempurnakan untuk tayangan pada masa yang ditetapkan di siaran unifiTV menerusi saluran HyppSensasi pada setiap Isnin dan Selasa. Saya bersyukur kerana semuanya dapat diselesaikan dengan baik. Saya akui memang adat bila berdepan dengan beberapa cabaran. Satu yang saya dan pengarah pegang, apa juga terjadi the show must go on. Saya juga gembira kerana perancangan untuk penggambaran di luar negara yang sudah menjadi trademark DWP dapat dilaksanakan," katanya ketika majlis pelancaran drama di KLCC semalam Selain beberapa lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor, Air Mata Syurga turut menjalani penggambaran selama lima hari di Perth, Australia.



Tasha Shila yang dianggap sebagai watak 'Menggila' dimana beliau membawakan dua watak sebagai Tasha dan Pasha yang merupakan watak pasangan kembar yang sarat emosi.


Jom kita tengok sendiri babak-babak emosi beliau dalam AMS.


Tasha Shila yang ditemui berkata drama 30 espisod dengan membawa 2 watak sekaligus ini memerlukan keupayaan mental dan fizikal yang kuat. Semua kru produksi banyak membantu bagi menyempurnakan drama ini dengan baik. Di samping itu, beliau juga menghadiri kelas bersama Cikgu Fatimah Abu Bakar bagi memastikan karakter yang dilakonkan terkesan dihati penonton.


Babak-babak lain yang memenuhi emosi AMS.


Bersangkutan dengan Pengarah drama AIR MATA SYURGA Raja Ahmad Alauddin berkata pengambaran selama enam hari di Perth Australia merupakan tempat yang istimewa dimana semuanya berjalan lancar dengan kerjasama orang tempatan terutamanya persekitaran orang melayu disana yang mesra dan bersikap terbuka.


Cabaran semasa pengambaran drama ini adalah beberapa administrative issue yang kecil sahaja bagaimanapun the show must go on. Antara babak yang mencabar diarahkan beliau ini ketika watak Tasha Shilla sendiri yang membawa watak kembar di di mana ia harus dilakukan secara serentak.


Selain daripada barisan pelakon utama tersebut, Air Mata Syurga membariskan Hafidzuddin Fadzil, Putri Syahadah Nurkaseh, Nur Hanani Malika, Syarrizuan Abdul Rashid dan Deegun Rahman.


Rafiena turut berharap drama ini mendapat sambutan dan rating yang baik seperti drama terbitan DWP yang terdahulu antaranya Syurgaku Tak Sempurna dan Sesal Separuh Nyawa yang turut ditayangkan di siaran yang sama.


DWP merupakan syarikat penerbitan yang sudah 10 tahun berada dalam industri tempatan dan telahpun menerbitkan lebih 100 drama bersiri dan telefilem. Filem pertama DWP juga diterbitkan tahun lalu berjudul Kimchi Untuk Awak. MYBUZZ!











Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.