Fitri Haris Juarai Gema Gegar Vaganza Musim Kedua

May 13, 2018

 

Alhamdulillah berakhirlah sudah malam tadi minggu ketujuh konsert Gema Gegar Vaganza Musim Kedua yang bertemakan Gema Irama Terindah.  Program dipancarkan secara langsung oleh Astro Oasis (Saluran 106) dan juga ditayangkan secara serentak di saluran Maya HD (saluran 135), Astro Ria (saluran 104), Ria HD (saluran 123) dan saluran terbaharu sempena ramadan, Ramadan HD (saluran 122).

 

Fitri Haris menjuarai GGV sekaligus membawa pulang wang tunai RM100,000 dengan mengalahkan enam peserta lain di konsert akhir dengan markah yang terhampir dengan naib juara iaitu Adeep Nahar dengan 89.27% dan 89.0% (beza 0.27%).

 

 Dari kiri Adeep Nahar, Fitri Haris & Awi Rafael

 

Naib Juara Adeep Nahar membawa pulang wang tunai RM30,000, Tempat ketiga Awi Rafael RM20,000, tempat keempat jatuh kepada kumpulan InTeam RM15,000, tempat kelima RM10,000 iaitu Heliza & Hazwani Helmi dan tempat keenam milik Brothers bawa pulang wang tunai RM5,000. Selain wang tunai, semua peserta membawa pulang sebuah trofi.

 

 

Mari kita ikuti sidang media sejurus berakhirnya konsert akhir GGV

 

 

 

Berikut lagu-lagu yang dipertaruhkan oleh semua peserta.

 

Mengenai Gema Gegar Vaganza

 

Gema Gegar Vaganza musim kedua menampilkan 11 barisan peserta yang terdiri daripada enam peserta berkumpulan dan lima peserta solo. Mereka akan berentap dalam sebuah persembahan nyanyian mingguan berdasarkan tema yang diberi bagi merebut gelaran juara. Persembahan setiap peserta diadili oleh dua orang juri tetap dan seorang juri jemputan. Seleksi lagu yang dipersembahkan setiap peserta pula terdiri daripada lagu-lagu yang berunsurkan ketuhanan, kemanusiaan, kerohanian dan mengandungi mesej-mesej positif yang boleh dimanfaatkan oleh setiap lapisan masyarakat. MYBUZZ!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.