MEDIA PRIMA RAIH 5 ANUGERAH DI WORLD MEDIA FESTIVAL 2018

May 17, 2018

 

Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) sekali lagi membuktikan keunggulannya sebagai peneraju industri penyiaran apabila memenangi lima anugerah utama di The World Media Festival 2018 yang berlangsung di Hamburg, Jerman.

 

Jika tahun lalu MPTN telah memenangi beberapa kategori utama, tahun ini MPTN meneruskan kecemerlangannya apabila berjaya meraih tiga anugerah emas dan dua perak di The World Media Festival 2018. 

 

Anugerah yang telah dimenangi oleh MPTN adalah:
 

Menurut Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima, Encik Johan Ishak, (foto)* “Kami amat berbangga kerana anugerah-anugerah yang diterima ini adalah satu pengiktirafan terhadap kebolehan Media Prima menyediakan kandungan yang berkualiti dan menepati piawaian antarabangsa. Pastinya, anugerah yang diterima ini menjadi pemangkin untuk terus berdaya saing dan berusaha dalam memberikan yang terbaik untuk setiap program yang kami terbitkan.”

 

Ujar Johan lagi, “Pastinya sebagai penyiar utama di Malaysia, kelebihan kami terletak pada warga kerja yang  mampu memberi perkhidmatan dan kualiti kerja yang terbaik kepada para pengiklan. Dengan kekuatan kami menerusi platform media tradisional dan penguasaan digital yang sedang giat dijalankan ini mesej-mesej pelanggan akan dapat disebarkan dengan lebih menyeluruh. Para pelanggan kami juga menikmati kelebihan iaitu kepakaran barisan tenaga kerja kami yang sangat komited dalam melaksanakan sesuatu kempen dan menyampaikan mesej berkesan kepada para pengguna.”

 

Encik Douglas Khoo, Pengarah Kreatif, Jabatan Perkhidmatan Kreatif, Rangkaian Televisyen  Media Prima

 

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad, Datuk Seri Abdul Jalil Hamid berkata, “Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH), turut memenangi anugerah perak di World Media Festival. Kami berterima kasih kerana kejayaan ini melibatkan kerjasama berkumpulan tenaga kerja yang professional dan kreatif bagi memastikan acara tahunan majlis anugerah surat khabar Berita Harian itu berlangsung dengan cemerlang dan menerima jumlah tontonan 5.5 juta pada tahun lalu.”

 

The World Media Festival adalah pertandingan bagi pengamal media di peringkat global dan antara acara paling berprestij dalam dunia komunikasi media.
 

 *Kredit foto : kencana.com.my

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.