Ritz Mendapat Hak Eksklusif Tanam Guarana Di Malaysia

May 17, 2018

 

 

 

Dari Kiri Datuk Matius Baru, TYT Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dan Datuk Ibrahim Yahya

 

 

Sabtu lalu, termeterai la perjanjian persefahaman di antara Ritz Guarana Plantation Holdings Berhad yang diwakili oleh Pengarah Urusan Datuk Ibrahim Yahya dan Datuk Matius Baru yang mewakili Tuan Tanah di Sarawak bagi usaha penanaman pokok Guarana di Bumi Kenyalang tersebut. Perjanjian ini disaksikan oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas yang bertempat di Hotel Shangri La, Kuala Lumpur.

 

Foto sekitar majlis sesi pelancaran produk tepung Guarana turut diadakan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

''Ritz mendapat hak eksklusif daripada Brazil untuk menanam pokok guarana di Malaysia. Malaysia adalah negara kedua yang terbesar selepas Brazil untuk penanaman pokok guarana. Ini adalah satu transformasi ekonomi yang terbaru untuk negara dan rakyat Malaysia. Ritz sekarang menjadi tumpuan seluruh dunia di mana  pengeluaran tepung guarana akan dihasilkan. Selain itu, pihak Ritz juga akan memulakan pembinaan kilang untuk pengeluaran ekstrak guarana dan juga tepung guarana dalam masa terdekat di Pulau Pinang dan di Sarawak'' Ujar Datuk Ibrahim Yahaya, Pengarah Urusan Ritz Guarana Plantation Holdings Berhad.

 

 

Selain daripada itu pihak Amerika syarikat amat teruja dengan tepung guarana ini dan berminat untuk menjadi pengedar tunggal bagi Amerika Syarikat. Ritz juga sedang bekerjasama dengan negara-negara lain seperti Hong Kong, China negara Timur Tengah dan banyak lagi negara lain untuk menjadi pengedar tepung guarana. Penanaman pokok guarana akan di tanam di Malaysia secara besar-besaran untuk menampung bahan mentah, untuk dijadikan tepung, ekstrak serta bahan cecair.

 

Dengan adanya penanaman pokok guarana di Malaysia. Ia akan menjadi salah satu platform tranformasi pertanian untuk ekonomi negara dimana ia dapat membasmi kemiskinan dan dapat menaikkan nama Malaysia di seluruh dunia. Buat masa ini untuk merealisasikan projek ini, Ritz akan mejelajah seluruh dunia, dimana disetiap negara hasil jualan tepung guarana ini, 10% akan diperuntukkan untuk membantu khususnya orang-orang susah selain dari Malaysia.  Matlamat kita juga adalah dengan memastikan tiada lagi gelandangan dan gejala- gejala sosial dan juga rakyat Malaysia sifar daripada kemiskinan dengan adanya platform ini.

 

Ritz Guarana adalah komited untuk menjalankan penanaman  secara komersial dan menyasarkan penanaman ini di peringkat komoditi seperti penanaman getah dan kelapa sawit. Ritz merancang untuk mengeluarkan sebanyak 1 billion kg tepung guarana atau bersamaan dengan 80,000 ekar tanaman guarana dalam masa terdekat.

 

 

''.......hari ini kita menerima satu lagi usaha baharu yang dibawa oleh Datuk Ibrahim Yahya dan rakan niaga beliau Datuk Matius Baru dari Bumi Kenyalang, Insyaallah saya yakin Guarana bukan sahaja akan hebat di negara kita malah akan lebih hebat dari Getah dan akan lebih hebat dari Sawit dengan syarat kita kena kerja bersungggu-sungguh, bersatu-padu dan no hanky panky........'' Kata Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Dato' Seri Utama (Dr.) HaJi Abdul Rahman bin Haji Abbas yang juga bertindak sebagai Penasihat syarikat.

 

TENTANG GUARANA

 

 

 

 

 

Guarana atau Guaraná , Paullinia cupana (juga P. crysan, P. sorbilis) ialah sejenis pokok herba yang berasal dari Venezuela dan utara Brazil.

 

 

 

 

Pokok guarana mengeluarkan daun yang lebar dan berjambak bunganya, dan terkenal dengan buahnya yang sebesar biji kopi. Biji buah guarana boleh dijadikan perangsang sistem saraf pusat untuk kesihatan tubuh. Bijinya mempunyai dua kali lebih kafein dari biji kopi(lebih kurang 2-4.5% kafein di dalam biji Guarana berbanding dengan 1-2% untuk biji kopi). Buah guarana banyak digunakan dalam industri minuman, kosmetik, pemakanan dan juga perubatan. MYBUZZ!

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.