Keenakan 'Masakan Ibu' Di Warung Makcik Kiah

May 19, 2018

 

Foto sekitar di hadapan Warung Makcik Kiah yang terletak di No.15 Jalan Radin Bagus 9, Sri Petaling, Kuala Lumpur

 

Warung Makcik Kiah (McK) sangat sinonim dan telah dikenali di Bandar Kuantan Pahang sejak empat dekad (40 tahun) yang lalu. Ia merupakan idea pemiliknya sendiri  oleh YBhg. Dato’ Paduka Syed Isa Syed Alwi dimana setiap menu diilhamkan daripada resipi arwah Ibu beliau dan nama restoran juga menggunakan nama ibu beliau.

 

 

 

"............Saya tinggal di kawasan Bukit Jalil, Sri Petaling ini sudah lama, jadi selalu kekadang apabila malam hendak mencari makanan melayu sangat susah....'' Ujar Datuk Paduka Syed Isa.

 

 

Itu adalah faktor beliau merasakan ada keperluan untuk membuka McK yang mula beroperasi sejak Disember 2017 di Sri Petaling. Beliau juga yakin ramai orang melayu yang bekerja dan tinggal di kawasan sekitarnya tidak perlu lagi mencari makanan melayu di tempat yang jauh walhal boleh singgah ke McK yang lebih dekat dengan kawasan tempat tinggal mereka.

 

 Datuk Paduka Syed Isa menunjukkan Ikan Kerapu segar dari Sandakan, Sabah

 

Menu tambahan iaitu makanan laut segar dimana bahan mentah di datang khas dari Sandakan, Sabah setiap 3 kali seminggu. Pemilihan bahan mentah ini adalah dari segi kualiti yang jauh lebih baik, tiada pencemaran dan McK menjanjikan makanan yang segar untuk disajikan kepada para pelanggannya. Di antara makanan laut yang disajikan termasuk ikan kerapu, jenahak, merah, tenggiri, siakap liar, pari, udang laut, ketam bunga dan sebagainya.

 

Koleksi  foto-foto juadah yang disajikan oleh McK, Sri Petaling

 

Antara juadah atau 'signature dishes' iaitu asam pedas, ikan patin gulai tempoyak, tomyam putih/merah, Cendok Durian Musang King, sambal merah, sambal hijau dan banyak lagi makanan kesukaan ibu beliau dijadikan hidangan kepada pelanggannya.

 

Antara tarikan utama adalah konsep makan bersila dan beliau sendiri gemar untuk makan secara santai dan berharap para pelanggan lebih enjoy menikmati juadah di McK.

 

'' ....makanan melayu lagi simple lagi sedap..." Ujar beliau lagi.

 

Pelbagai menu masakan tempatan dan siam seperti makanan bergoreng, meehon, kuew tiau dan masakan daging, ayam boleh dinikmati secara ala-carte mulai 10.00 pagi hingga 10.00 malam .

 

Terdapat juga pakej makanan tengahari diantara harga RM9.90 dan pakej ini sentiasa berubah setiap hari mengikut permintaan para pelanggannya.

 

BUFET RAMADHAN 2018

 

Terdapat lebih 25 jenis makanan akan dihidangkan dalam buffet Ramadan disediakan dari pelbagai jenis masakan termasuk beberapa masakan tradisional pelbagai resipi asli Malaysia oleh Chef McK yang berpengalaman dalam masakan lebih dua puluh (20) tahun. Selain daripada hidangan ayam, daging, ikan, udang dan sotong, keistimewaan hidangan buffet McK adalah dengan adanya pelbagai masakan telur premium astaxanthin seperti masak balado dan lain-lain yang diketahui sangat baik untuk kesihatan kita. Telur astaxanthin ini adalah kaya dengan anti-oksida yang berfungsi sebagai anti-penuaan serta baik untuk mata, otak, kardiovaskular, kesuburan dan memperkuat sistem imunisasi tubuh.

 

Telur astaxanthin

 

 

Di sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubaran, Mck menyajikan menu hidangan berbuka puasa seperti berikut:

 

 

 

Selain daripada menjamu selera di restoran McK, pelanggan juga boleh menempah melalui Food Panda. MCK menerima pembayaran tunai dan pembayaran online seperti Fave.

 

 

 

MENGENAI WARUNG MAKCIK KIAH

 


Restoran McK adalah milik penuh Premia International Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat yang bergiat aktif dalam pengeluaran, mempromosi dan pemasaran natural astaxanthin sejak 2006. Syarikat ini menjalankan operasi difasiliti berkeluasan 5 ekar di Taman Teknologi Park Malaysia (#1 di Asia Tenggara) bagi pengeluaran natural astaxanthin. Syarikat juga mengeluarkan pelbagai produk kesihatan termasuk kosmetik dan makanan tambahan berasaskan astaxanthin.


 Diantara produk popular keluaran syarikat ini adalah Telur Premium Astaxanthin dan Suplemen Asta EX- Plus. Telur Premium Astaxanthin kini boleh didapati di pasaraya-pasaraya seperti Jaya Grocer, Village Grocer, Mydin Sam’s Groceria, Ben’s, Redthick, Hock Choon, dsb. Manakala suplemen Asta-EX Plus boleh didapati di rangkaian farmasi Alpha, Healthlane, Planet, AEON, Pharmaniaga dan lain-lain farmasi persendirian.


Semua maklumat tambahan berkaitan McK boleh didapati dihalaman facebook Warung Makcik Kiah atau boleh menghubungi En. Rizal 017-2767273 atau email info@premia.com.my . MYBUZZ!

 

Kredit Foto : Pa Pa Din Selebriti Online

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.