Keenakan 'Masakan Ibu' Di Warung Makcik Kiah

Foto sekitar di hadapan Warung Makcik Kiah yang terletak di No.15 Jalan Radin Bagus 9, Sri Petaling, Kuala Lumpur


Warung Makcik Kiah (McK) sangat sinonim dan telah dikenali di Bandar Kuantan Pahang sejak empat dekad (40 tahun) yang lalu. Ia merupakan idea pemiliknya sendiri oleh YBhg. Dato’ Paduka Syed Isa Syed Alwi dimana setiap menu diilhamkan daripada resipi arwah Ibu beliau dan nama restoran juga menggunakan nama ibu beliau.




"............Saya tinggal di kawasan Bukit Jalil, Sri Petaling ini sudah lama, jadi selalu kekadang apabila malam hendak mencari makanan melayu sangat susah....'' Ujar Datuk Paduka Syed Isa.



Itu adalah faktor beliau merasakan ada keperluan untuk membuka McK yang mula beroperasi sejak Disember 2017 di Sri Petaling. Beliau juga yakin ramai orang melayu yang bekerja dan tinggal di kawasan sekitarnya tidak perlu lagi mencari makanan melayu di tempat yang jauh walhal boleh singgah ke McK yang lebih dekat dengan kawasan tempat tinggal mereka.


Datuk Paduka Syed Isa menunjukkan Ikan Kerapu segar dari Sandakan, Sabah


Menu tambahan iaitu makanan laut segar dimana bahan mentah di datang khas dari Sandakan, Sabah setiap 3 kali seminggu. Pemilihan bahan mentah ini adalah dari segi kualiti yang jauh lebih baik, tiada pencemaran dan McK menjanjikan makanan yang segar untuk disajikan kepada para pelanggannya. Di antara makanan laut yang disajikan termasuk ikan kerapu, jenahak, merah, tenggiri, siakap liar, pari, udang laut, ketam bunga dan sebagainya.


Koleksi foto-foto juadah yang disajikan oleh McK, Sri Petaling


Antara juadah atau 'signature dishes' iaitu asam pedas, ikan patin gulai tempoyak, tomyam putih/merah, Cendok Durian Musang King, sambal merah, sambal hijau dan banyak lagi makanan kesukaan ibu beliau dijadikan hidangan kepada pelanggannya.


Antara tarikan utama adalah konsep makan bersila dan beliau sendiri gemar untuk makan secara santai dan berharap para pelanggan lebih enjoy menikmati juadah di McK.


'' ....makanan melayu lagi simple lagi sedap..." Ujar beliau lagi.


Pelbagai menu masakan tempatan dan siam seperti makanan bergoreng, meehon, kuew tiau dan masakan daging, ayam boleh dinikmati secara ala-carte mulai 10.00 pagi hingga 10.00 malam .


Terdapat juga pakej makanan tengahari diantara harga RM9.90 dan pakej ini sentiasa berubah setiap hari mengikut permintaan para pelanggannya.


BUFET RAMADHAN 2018


Terdapat lebih 25 jenis makanan akan dihidangkan dalam buffet Ramadan disediakan dari pelbagai jenis masakan termasuk beberapa masakan tradisional pelbagai resipi asli Malaysia oleh Chef McK yang berpengalaman dalam masakan lebih dua puluh (20) tahun. Selain daripada hidangan ayam, daging, ikan, udang dan sotong, keistimewaan hidangan buffet McK adalah dengan adanya pelbagai masakan telur premium astaxanthin seperti masak balado dan lain-lain yang diketahui sangat baik untuk kesihatan kita. Telur astaxanthin ini adalah kaya dengan anti-oksida yang berfungsi sebagai anti-penuaan serta baik untuk mata, otak, kardiovaskular, kesuburan dan memperkuat sistem imunisasi tubuh.


Telur astaxanthin