‘FASHION ON WHEELS’ TRAK FESYEN PERTAMA MALAYSIA

May 21, 2018

 

Konsep trak fesyen bukanlah baharu, Ia telah diadaptasi jenama-jenama gergasi antarabangsa sebagai satu bentuk promosi bergerak. Di Malaysia, ia belum pernah diperkenalkan mana-mana jenama. Peluang yang ada itu digunakan sepenuhnya Lenny Farina Hazree untuk mengasaskan trak fesyen pertama Malaysia, Fashion on Wheels (FOW).


Tercetusnya FOW adalah bagi memudahkan pengguna untuk membeli busana menjelang musim perayaan Aidilfitri. Dengan hampir 15 jenama popular di Malaysia, nantikan trak merah jambu FOW yang akan bersingah ke 10 lokasi di sekitar Lembah Klang.


Dengan adanya FOW, para pengguna boleh memilih fesyen terkini hari raya tanpa perlu ke mana- mana. Trak FOW akan datang ke tempat yang telah dipilih dan orang ramai boleh membeli-belah dengan mudah.
 

 “Sambutan tahun ini akan menjadi penentu untuk gerak kerja pengurusan dan promosi tahun depan. FOW menjangkakan penambahan lokasi dengan capaian di luar Lembah Klang menjelang Aidilfitri tahun depan,” jelas Lenny Farina, (foto) pada majlis pelancaran FOW di Tasik Perdana.


Menggunakan konsep vendor, kesemua jenama di bawah bumbung trak FOW meliputi pakaian untuk lelaki dan wanita, kanak-kanak, tudung serta aksesori. Jenama yang terlibat ialah Minaz, Jameqha, Bella Ammara, Locka, By Fatin Suhana, Shawl Publika, Jannahnoe, Cattleya, Scarfeya, Alkhautar, Zarra Sinar Puteri, Teruna by Hafiz Mahamad, Riaz Arshad, Jelitasara, Sofea Rose, Mummu Scarf, Kaizer Scarf, Syafiqah Aina Hijab, Ravaka dan Rumah Manik.


Trak FOW akan bergerak ke lokasi pertama pada 21 Mei 2018 di Surian Tower, Damansara bermula puku 10 pagi hingga 5 petang. Jelajah FOW akan berkahir pada 9 dan 10 Jun 2018 di Pullman Lakeside, Putrajaya bermula pukul 4 petang hingga 10 malam. Berikut merupakan jadual pergerakan FOW: 

 

YOUTUBE | TEMUBUAL BERSAMA PENGASAS FASHION ON WHEELS

 

GALERI | SEKITAR MAJLIS PELANCARAN FASHION ON WHEEL (FOW)

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.