KENIKMATAN RAYA BERSAMA KIMBALL DAN SELEBRITI CEF FIKREE AZNAN

May 21, 2018

 

Rumah terbuka Hari Raya merupakan satu sambutan perayaan meriah yang pasti dihadiri oleh keluarga dan sahabat handai bukan sahaja untuk menjamu hidangan yang disediakan tetapi juga untuk merapatkan lagi ikatan silaturahim. Akan tetapi, ramai mungkin menghadapi stres apabila hendak merancang majlis rumah terbuka, daripada memilih barang hiasan rumah, membeli baju Raya untuk ahli keluarga kepada perancangan menu rumah terbuka.

Alangkah indah jika pada tahun ini, anda tidak perlu bersusah payah merancang atau berbelanja untuk menganjurkan majlis terbuka untuk sanak saudara dan sahabat handai, dan beraya bersama selebriti cef?

 

 

Sempena kempen Kimball yang bertema ‘Mudah dan Lazat, Hati Terpikat’, Kimball sedang menganjurkan satu peraduan bersama selebriti Cef Fikree Aznan untuk membawakan Jamuan Raya Kimball ke kediaman dua pengguna Kimball yang bertuah. Antara resipi-resipi yang akan disajikan ialah Gado-Gado Raya Kimball, Kurma Ayam dan Sayur Kimball bersama Nasi Tomato Kacang Kuda Kimball dan Kek Kurma Kimball yang boleh disaji untuk 10 orang.

Sebagai tanda penghargaan Kimball kepada pengguna setianya, dua pemenang hadiah utama juga akan menerima hamper barangan Tupperware bernilai RM1,000 setiap satu. Terdapat juga hamper Tupperware bernilai RM268 untuk 50 lagi pemenang saguhati.

Untuk menyertai peraduan ini, anda hanya perlu membeli produk Kimball bernilai RM10 dan ke atas dalam satu resit, jawab satu soalan mudah dan hantarkan jawapan anda bersama butiran peribadi melalui Whatsapp ke +6016.454.7909. Peraduan ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan menetap di Malaysia. Cepat, sertai peraduan ini sebelum tarikh tutupnya pada 10 Jun 2018.

Untuk informasi lanjut serta terma dan syarat peraduan Kimball ini, sila layari laman web Kimball di http://www.kimball.com.my atau Facebook Kimball di https://www.facebook.com/KimballMalaysia/! |MYBUZZ!

 

Mengenai Kimball Malaysia

Dengan warisan lebih dari 40 tahun, Kimball merupakan jenama makanan Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis produk seperti Sos (Chilli, Tomato, Tiram, Lada Hitam, BBQ), Sos Salad (Mayonis), Pasta Kering dan lain-lain untuk mencipta pelbagai pilihan yang menjimatkan. Kimball menggalakkan warga Malaysia untuk menambah produk-produk Kimball dalam penyediaan hidangan mereka bagi menjadikannya lebih lazat dan lebih menjimatkan. 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.