Digi AJAK PELANGGAN BAWA KECERIAAN KEPADA WARGA TUA

May 29, 2018

 

 

Pelanggan dijemput berkongsi dan memenuhi niat baik mereka untuk Ramadan lebih bermakna.

 

Bertepatan dengan Ramadan yang mulia lagi diberkati, ramai umat Islam merefleksi diri dan memberi tumpuan kepada penambahbaikan rohani, Digi Telecommunications Sdn Bhd ('Digi') mengajak para pelanggan untuk bersama-sama mengambil peluang berkongsi nikmat kesyukuran dan memenuhi niat baik mereka melalui  beberapa aktiviti di bawah tema #NiatBersama.

 

Bernard Lee, Ketua Perkhidmatan Pemasaran Digi berkata, "Bulan Ramadhan merupakan satu bulan di mana umat Islam digalakkan berkongsi rezeki dan bersedekah kepada yang memerlukan dan di Digi, kami percaya Ramadan yang bermakna bermula dengan niat yang tulus dan ikhlas. Oleh itu, kami sentiasa mencari cara bagaimana kami dapat membalas sokongan yang diberikan oleh pelanggan dengan menawarkan perkhidmatan Internet yang lebih bermakna. Justeru itu, dengan kempen #NiatBersama, kami berharap mereka akan mempunyai platform untuk berkongsi kegembiraan musim perayaan dengan mereka yang kurang bernasib baik. "

 

Meraikan Ramadan Bersama  Warga Emas

 

Untuk menjadikan Ramadan lebih bermakna, Digi mempunyai niat untuk meraikan bulan yang mulia ini bersama warga emas yang ditempatkan di pusat-pusat penjagaan orang tua. Baru-baru ini, Digi telah melawat rumah penjagaan orang tua di Lahat, Perak di mana mereka telah dihadiahkan dengan keperluan makanan asas, pakaian raya, serta sesi memotong rambut oleh MalyaArtwork.  Mereka juga telah dihiburkan oleh artis-artis tempatan Cassidy, Aziz Harun, Andi Bernadee, Amir Hassan dan Wan Shahjuddin yang berada di bawah naungan Warner Music, rakan #NiatBersama Digi.

 

"Kami amat tersentuh melihat kegembiraan dan senyuman yang dilemparkan kepada kami oleh warga emas apabila kami muncul di pusat penjagaan tersebut untuk meluangkan masa bersama mereka. Selepas Perak, kami akan meneruskan lawatan Ramadhan ini ke dua lagi pusat penjagaan orang tua yang terletak di Kuantan, Pahang dan Rawang, Selangor dalam beberapa minggu akan datang," jelas Bernard, sambil menambah bahawa pelanggan Digi yang berminat untuk menyertai lawatan ini boleh menebus jemputan di MyDigi Rewards melalui aplikasi MyDigi.

 

Hantar Hadiah kepada Rakan atau Orang Tersayang melalui MyDigi Rewards

 

Dari 22 Mei sehingga 15 Jun 2018, pelanggan Digi boleh membeli barangan dengan tawaran eksklusif  di ‘Ramadan Deals’ bagi diri sendiri atau memilih untuk menghantar barangan tersebut sebagai hadiah kepada rakan atau orang yang tersayang melalui MyDigi Rewards.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Digi #NiatBersama, sila layari http://digi.my/niatbersamapr

 

Mengenai Digi

 

Digi merupakan penyedia keterhubungan mudah alih dan perkhidmatan internet membolehkan 11.8 juta rakyat Malaysia mendapat manfaat sepenuhnya darpada dunia yang semakin terhubung. Dengan rangkaian produk yang kukuh dan inovasi perkhidmatan yang disampaikan melalui rangkaian 4G LTE luas, Digi kini berazam untuk mejadi pilihan kegemaran pelanggan dalam kehidupan digital mereka dengan menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan yang relevan, khusus dan menarik, yang akan memperkayakan gaya hidup digital rakyat Malaysia. Ini kerana kami percaya bahawa komunikasi digital menggalakkan orang ramai untuk memperbaiki kehidupan mereka, membina masyarakat dan mencipta masa depan yang lebih baik untuk semua. Digi yang disenaraikan di Bursa Malaysia adalah sebahagian daripada penyedia telekomunikasi global, Telenor Group, dan peneraju dalam amalan-amalan perniagaan yang progresif dan bertanggungjawab. Untuk maklumat lanjut mengenai Digi, layari www.digi.com.my

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.