STACY TERUS LINCAH DAN BERTENAGA DENGAN ‘RAJA’

June 2, 2018

 

Selepas Kejayaan ‘Cakap Ke Tangan’, Ratu Pop Malaysia Kembali Dengan Single Terbaharu Yang Lebih Menyengat.

Penyanyi wanita yang sentiasa beraksi lincah dan penuh bertenaga di atas pentas kelahiran Penampang, Sabah, Ummu Shaikah Stacy Binti Anam, 27, atau lebih terkenal dengan nama Stacy muncul dengan single terbaharu selepas kejayaan single comeback ‘Cakap Ke Tangan’ pada bulan Oktober tahun lepas. Diberi jolokan ‘Ratu Pop Malaysia', Stacy kembali dengan sebuah lagu bergenre dance-pop berjudul ‘Raja’ yang lebih menyengat dicipta serta diterbitkan oleh penyanyi dan komposer sedang meningkat naik, Hael Husaini kolaborasi serasi bersama Ezra Kong.

Stacy yang juga merupakan dance queen of Malaysia, pernah memenangi beberapa anugerah selain menyandang pelbagai gelaran sepanjang karier seninya. Tetap dengan genre yang melonjakkan namanya, isteri kepada Akim Ahmad ini berkata,

 

 “Setelah mendirikan rumahtangga bersama suami tercinta dan dikurniakan cahaya mata, saya nekad untuk kembali beraksi demi peminat-peminat yang rindukan buah tangan terbaharu daripada saya.

Alhamdulillah, single comeback saya ‘Cakap Ke Tangan’ diterima baik oleh semua dan ia merupakan pemangkin untuk saya terus berkarya di dalam industri muzik tanah air.

Masih mengekalkan genre dance-pop, saya mendapat sentuhan saudara Hael Husaini serta Ezra Kong dan mengharapkan ‘magis’ sepertimana lagu-lagu yang pernah mereka ciptakan.

Sejujurnya, single ini sepatutnya dikeluarkan lebih awal tetapi kerana kekangan masa serta jadual yang sangat padat kedua-dua belah pihak ianya tertangguh tetapi akhirnya berjaya disiapkan dan saya sangat berpuas hati dengan hasilnya.”


Mengulas lanjut mengenai lagu ‘Raja’, Stacy menerangkan,

“Single ini menceritakan tentang perasaan seorang wanita yang memartabatkan kekasihnya umpama ‘raja’ dan sanggup berbuat apa sahaja untuknya. Akan tetapi, ‘raja’ yang bertakhta di hati saya tentulah suami saya dan saya pasti wanita-wanita di luar sana ada ‘raja’ mereka sendiri.”

Selain itu, ditanya bagaimana Stacy berjaya mengekalkan populariti dari dahulu hingga sekarang, jawabnya,

“Saya percaya kita perlu ikhlas dalam melakukan apa jua pekerjaan dan sebagai penghibur, saya selalu ingin hasilkan yang terbaik untuk peminat-peminat saya serta penggemar muzik di luar sana. Kita perlu berfikiran positif dan sentiasa bersifat terbuka dan paling penting, perlu enjoy dengan apa yang kita lakukan.

Dorongan serta sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan industri serta peminat-peminat amat penting sebagai motivasi dan semangat untuk terus berada di dalam bidang ini. Saya berharap agar lagu ini mendapat respon yang positif sebagaimana lagu-lagu saya yang terdahulu dan terima kasih di atas sokongan anda selama saya bergelar penyanyi.”


Menurut Famy Ghazali, Eksekutif Muzik, Rocketfuel Records,

“Selepas comeback Stacy menerusi single ‘Cakap Ke Tangan’, kami percaya peminat-peminat Stacy sentiasa ternanti-nanti buah tangan terbaharu daripada beliau.

Saya percaya dengan lagu ‘Raja’ hasil ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong ini bakal melonjakkan lagi populariti Stacy yang sedia ada dan saya percaya jolokan pop queen of Malaysia buat dirinya akan bertahan buat jangka masa yang lama.

Saya berharap single ini akan memperkukuhkan lagi status Stacy sebagai seorang penghibur yang serba boleh.”


Lagu ‘Raja’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music bermula pada 11 Mei 2018. Video lirik dan muzik lagu ‘Raja’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network. 

 

 

Artis : Stacy
Tajuk : Raja
Komposer : Hael Husaini & Ezra Kong
Lirik : Hael Husaini & Ezra Kong


 

Di Malam Yang Dingin Mengundang Satu Rasa
Buatku Hampir Gila
Ku Masih Terbayang Mimpi Kita Semalam
Semakin Aku Gila

PRE-CHORUS
Ku Hauskan Sentuhanmu Kerna Rindu Makin Membara
Kata Saja Kau Ingin Yang Sama

 

 

 

 CHORUS
Tak Usah Sayang Kau Malu
Jika Kau Mahu Beritahu
Hanya Kau Saja
Di Hatiku Bertakhta
Yeah…
Kamu
Raja Di Hatiku Selalu
Hanya Kau Saja
Bermaharajalela
Yeah…
Kerna Kau Raja

VERSE 2
Segala Hajatmu Kan Ku Cuba Tunaikan
Kernamu Aku Gila
Ciptakanku Istana Tempat Bermanja
Ciptakanku Istana
Ku Permaisurinya… Kau Raja 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.