SELEBRITI 'PERANG MULUT' GAMATKAN BAZAR TERIMA KASIH 2018 MEDIA PRIMA

June 4, 2018

 

 

Kempen Syukur Selalu - Terima Kasih 1439 diteruskan untuk tahun kedua oleh Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPTN) di sepanjang Ramadan dan Syawal. Jika pada tahun 2017, pengisiannya lebih menumpukan kepada betapa pentingnya ungkapan terima kasih, tahun ini MPTN menyediakan platform terbaik kepada penonton untuk mengekspresikan ungkapan terima kasih dalam bentuk perbuatan.

 

Turut dimuatkan dalam kalendar aktiviti Kempen Terima Kasih tahun ini adalah siri jelajah ke lokasi terpilih di Sungai Petani, Kedah dan Klebang, Melaka bersama duta-duta Kempen Terima Kasih antaranya Amar Baharin, Amyra Rosli, Remy Ishak, Farah Nabilah, Azira Shafinaz serta duta khidmat masyarakat kempen Terima Kasih 2018 , Faizal Tahir. Minggu lalu MB! berkesempatan menyertai undangan MPTN ke Melaka untuk aktiviti Bazar Terima Kasih dan Jom Masjid.

 

Sebelum mula beroperasi di bazar dan Jom Masjid, kesemua duta dan selebriti telah dibawa ke Pondok Darul Muttaqin yang terletak di Paya Rumput Melaka. Antara aktiviti yang dijalankan adalah bergotong-royong membersihkan persekitaran kawasan tahfiz serta menghias pondok dengan pelita dan lampu hiasan.

 

Sementara itu aktiviti Bazar Terima Kasih pula bermula dari jam 3 petang sehingga 8 malam. Terdapat 12 gerai jualan disediakan yang mana setiap satu gerai mewakili senarai program-program hebat di saluran TV3, TV9 dan ntv7 yang mana menjual pelbagai juadah berbuka puasa yang enak antaranya:

 

  • Maidku Bintang Murtabak - Murtabak Ayam & Daging

  • Sherry Bermadukan Ayam Melodi - Nasi Ayam & Kepak Ayam Madu

  • Apa John Nak Marah? - Roti John Ayam & Daging

  • Sembang Berbuka Lambak - Kuey Teow & Mee Goreng Lambak

  • Halalkan Kambing Hamdan - Kambing Grill

  • Andainya Ku Tauhu - Rojak Buah & Puding Karamel

  • Jus Teratai Nur - Aneka Air Jus (Jambu, Oren, Tembikai, Mango & Guava)

  • Pesan Sado Kebabom - Kebab Ayam & Daging

  • Feel-Lit Apam - Apam Balik

  • It's Poppyah - Aneka Kuih (Karipap Kentang, Ketayap, Popiah Goreng & Koci)

  • Patahnya Sebelah Sayap - Nasi Kukus Ayam Rempah

  • Mama Terer Ke? - Aneka Air (Sirap Selasih, Mata Kucing, Laici)

Disamping membeli belah juadah berbuka, pengunjung juga berkesempatan bermesra sambil berswafoto bersama selebriti-selebriti yang terlibat seperti Normah Damanhuri, Haris Aliff, Ezaty Abdullah, Syazuwan Hassan, Nina Iskandar, Elly Mazlien, Riena Diana, Karl Syafek, Sherry Al-Hadad, Aaron Al-Fateh, Puteri Aishah, Sharifah Shahirah, Eizlan Yusof, Ikhwan dan Ropie. Suasana gamat sepanjang bazar berlansung, gara-gara semua artis berperang mulut untuk mempromosikan jualan masing-masing. 

 

Kutipan jualan bazar yang diperolehi pada hari itu akan disumbangkan terus ke rumah kebajikan terpilih. Kempen #terimakasih dan program-program Ramadan tahun ini turut dimeriahkan dengan koloborasi Media Prima bersama rakan-rakan penaja iaitu Almas Beauty and Health, Darlie, Deeja Cosmetics, Dutch Lady, Garnier, Knoor, Heinz, Mahsuri, Nivea, Pensonic, Yakult dan 100 Plus. |MYBUZZ

GALERI | SEKITAR AKTIVITI CSR DAN BAZAR TERIMA KASIH 2018 DI MELAKA

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.