GUARDIAN MALAYSIA RAI 100 KANAK-KANAK DENGAN SESI MEMBELI-BELAH ISTIMEWA BERSAMA SELEBRITI


Guardian Malaysia hari ini membawa selebriti terkenal tanah air - Emma Maembong, Mawar Rashid, Syada Amzah dan Aisha Liyana untuk turut serta dalam sesi membeli-belah dan iftar istimewa bersama 100 kanak-kanak.


Sesi istimewa tersebut adalah bagi meraikan kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Cahaya Bistari di Batu Caves, Selangor dan Asrama Darul Falah (ASDAF) di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur, bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.


Pengurus Kanan Pemasaran Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Ms Shirley New, yang mengetuai pasukan Guardian dalam menganjurkan acara tersebut di Pusat Latihan Kecemerlangan Dairy Farm di Bandar Kinrara berkata:


"Sebagai rakyat Malaysia, kami tahu bahawa Ramadan adalah bulan yang mulia dimana menjaga kebajikan dan membantu golongan yang kurang bernasib baik adalah amat digalakkan. Dan setiap tahun, dengan semangat memberi dan berkongsi, Guardian Malaysia akan memainkan peranan kami dalam memberi sumbangan dan membawa kegembiraan kepada mereka yang memerlukan.


Ramadan ini, Guardian Malaysia telah memutuskan untuk memberikan pengalaman dan kenangan membeli-belah yang cukup istimewa kepada kanak-kanak dari dua buah rumah kebajikan ini."


"Selain daripada baucar RM100 untuk membeli-belah di Guardian dan Giant dimana kanak-kanak ini boleh membeli barangan keperluan Hari Raya mereka, kami turut memberikan satu kejutan istimewa buat mereka!


Duta Kempen 'Hari-Hari Cun Guardian Malaysia'; Emma Maembong, Mawar Rashid, Aisha Liyana dan Syada Amzah


Apa lagi kalau bukan kehadiran empat orang personaliti terkenal, yang mewakili kempen 'Hari-Hari Cun Guardian Malaysia', untuk menceriakan lagi pengalaman membeli-belah kanak-kanak ini dan berkongsi tip-tip berguna tentang tawaran- tawaran hebat yang terdapat di Guardian," tambah beliau.


Pasukan Guardian Malaysia dan selebriti selebriti turut berbuka puasa bersama- sama dengan kanak-kanak tersebut.


Jelas Shirley lagi, Guardian berharap agar kanak-kanak ini lelaki dan perempuan, berusia diantara 7 hingga 17 tahun akan membawa pulang kenangan yang manis, yang dikenang untuk selamanya. |MYBUZZ!

GALERI | MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA DUTA KEMPEN HARI-HARI CUN GUARDIAN

MALAYSIA

Tentang Guardian Malaysia


Guardian Malaysia bermula sebagai sebuah kedai runcit farmaseutikal berkeluasan 200 kaki persegi, menyajikan perkhidmatan kepada komuniti ekspatriat 50 tahun lalu. Hari ini, ia merupakan peneraju rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit di negara ini, dengan lebih 438 buah stor di seluruh negara, menyediakan pelbagai produk kesihatan, kecantikan dan farmaseutikal yang tiada tandingannya. Rangkaian stor-stor ini menyediakan perkhidmatan pada lebih 30 juta pelanggan di seluruh negara.









Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.