Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) Kini Dikenali sebagai Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT)

June 8, 2018

Foto; dari kiri S.Kanagarajan. Colin Lionel, Dato' Nash, Datuk Nancie Foo, Datuk Dj Dave dan Dato'  A.Rahman Hassan menunjukkan logo terbaru Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT)

 

Semalam pada 7 Jun 2018, Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT), Datuk Irwan Shah Abdullah @DJ Dave mengumumkan nama baharu bagi menggantikan Yayasan Artis 1Malaysia mulai 5 Jun 2018.

 

Yayasan berkenan telah wujud sejak 2012 lagi ini akan meneruskan kesinambungan bagi menjaga kebajikan demi membela nasib para penggiat seni tanah air sama ada para pelakon, penyanyi dan pemuzik.

 

Turut hadir ketika sidang media adalah pemegang-pemegang amanah YKAT yang terdiri daripada Dato' Nash, Dato' A. Rahman Hassan, Datuk Nancie Foo, Encik Colin Fionel dan Encik S. Kanagarajan. Selain dari itu, Datuk Yusof Haslam, Dato' M. Nasir (Timbalan Pengerusi), Mej. jen. Datuk Khairuddin juga merupakan pemegang amanah YKAT serta Puan Lisza Abd Kadir selaku Pengurus Besar YKAT.

 

''Yayasan telah membantu lebih 1,000 orang artis dalam pelbagai sumbangan yang diberikan. Selain daripada wang tunai, YKAT juga membantu menguruskan pemilikan rumah kepada enam orang artis.........'' Kata Dato' DJ Dave , Pengerusi YKAT.

 

Sebelum ini, YKAT telah menerima dana bantuan daripada Kerajaan terdahulu dan berharap agar Kerajaan Baharu dapat terus menyokong usaha murni YKAT demi kebajikan para artis tanahair terutamanya golongan artis yang tidak mampu lagi menyara kehidupan mereka. Ia disebabkan mereka yang telah uzur, sakit dan juga hilang punca pendapatan. Selain daripada itu juga YKAT juga berkerjasama dengan Bumijas bagi menguruskan khairat kematian dan badal haji.

 

YKAT juga sentiasa bergerak aktif dalam mengumpul dana-dana untuk tabung YKAT. Di antara usaha-usaha tersebut termasuk penjualan tiket pertandingan atau penjualan meja sempena majlis makan malam dan sebagainya.

 

Pada 14 dan 15 Julai 2018 YKAT berkerjasama dengan badan NGO dan korporat lain akan mengadakan Kejohanan Badminton & Malam Gala. Hasil kutipan dana akan disalurkan  kepada Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan. Barisan artis dan figura Asia akan memeriahkan lagi malam gala tersebut. Tiket kejohanan sebanyak RM50 dan RM100 manakala penjualan meja di Malam Gala dijualkan dari harga RM3,500 sehingga RM10,000 setiap satu. Untuk maklumat lanjut bolehla melayari www.ykat.org

 

''Kami akan menjemput jaguh Badminton negara Dato' Lee Chong Wei sebagai penampilan khas pada Kejohanan Badminton tersebut...''Ujar Datuk DJ Dave lagi. 

 

Ikuti Video Sidang Media YKAT (7 Jun 2018)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.