ROCKETFUEL ENTERTAINMENT & HOTEL EASTIN BERKONGSI KEBERKATAN RAMADAN BERSAMA ANAK YATIM

June 8, 2018

 

Seramai 22 orang anak-anak yatim dari Rumah Nur Sakinah diraikan dengan penuh kegembiraan dan keberkatan dalam sebuah majlis berbuka puasa anjuran bersama oleh Rocketfuel Entertainment dan Eastin Hotel di Petaling Jaya.

Majlis itu juga diserikan dengan kehadiran beberapa artis terkemuka negara seperti Zizan Razak, Lisa Surihani, Hael Husaini, Syamel, Ara Johari dan seorang pendatang baru, Alif Muhaimin.

 

Majlis berbuka puasa Rocketfuel Entertainment ini diadakan dalam konsep penuh santai dan lebih mesra di mana anak-anak istimewa ini dilayan dengan penuh kasih sayang oleh artis-artis di bawah naungan Rocketfuel Entertainment.
 

 “Selalunya bila ada majlis-majlis amal sebegini, saya tak akan lupa untuk meluangkan masa bersama mereka yang serba kekurangan, lebih-lebih lagi dalam bulan puasa yang penuh rahmat ini. Saya akan pastikan jadual saya tidak begitu padat agar dapat melakukan amalan yang sewajarnya.” Kata Zizan Razak.
 

 “Bagi Lisa, bulan puasa merupakan masa bagi saya meluangkan waktu bersama keluarga tercinta kerana jadual saya dan suami yang agak padat.

 

 

 

Pada hari ini terutamanya, saya rasa sangat seronok kerana dapat meluangkan masa bersama-sama anak-anak comel dari Rumah Nur Sakinah dan berkongsi kegembiraan di bulan mulia ini serta dapat melakukan kerja-kerja amal yang disarankan oleh agama Islam.” Tambah Lisa Surihani pula.

 



Sementara itu menurut Alif Muhaimin, sebagai pendatang baru, perkara ini merupakan pengalaman pertama baginya melayani adik-adik dari Rumah Nur Sakinah, dan merasakan aktiviti seperti ini patut teruskan pada masa-masa akan datang.” Ujar Alif Muhaimin.

Anak-anak Rumah Nur Sakinah dijamu dengan pelbagai juadah yang menyelerakan dan ini merupakan inisiatif Rocketfuel Entertainment bersama Hotel Eastin untuk berbakti kepada masyarakat yang memerlukan disamping dapat menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka. Mereka juga turut dihiburkan dengan dendangan lagu lagu raya oleh Syamel, Ara Johari dan Hael Husaini.

“Setiap tahun di bulan Ramadan, saya cuba pastikan agar majlis sebegini dapat diadakan sebagai acara tahunan kerana waktu-waktu beginilah kita dapat giveback kepada masyarakat dan harapan saya In Shaa Allah agar majlis ini dapat mengeratkan hubungan Silaturrahim di antara para artis dengan masyarakat di luar sana.” Menurut Brian Veeriah, selaku Ketua Rocketfuel Records. |MYBUZZ!

GALERI | MAJLIS IFTAR ROCKETFUEL ENTERTAINMENT & EASTIN HOTEL

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.