'The Hantus' FTV Sulung Arahan Nabil Ahmad

June 10, 2018

 

 

Nabil Ahmad seorang pelawak dan pengacara popular ini sinonim dengan lawak-lawak bersahaja beliau sering mencuit hati penonton, kini terus ke mengorak langkah dengan menghasilkan sebuah Filem Televisyen (FTV) berjudul 'The Hantus' khas untuk siaran Astro First Ekslusif.

 

'The Hantus' merupakan FTV bergenre komedi seram memaparkan koleksi-koleksi kisah hantu seram, viral & popular seperti kisah ‘Volkswagen Kuning’, ‘Hantu Kak Limah’ dan ‘Kisah Seram & Misteri Mimaland’.

 

Selain daripada Penulis Skrip dan Penerbit dalam The Hantus beliau juga bertindak sebagai Pengarah bersama dengan Helmi Yusof.

 

Nabil berkata beliau ingin mencuba dalam bidang penghasilan filem dan pengarahan serta sehingga beliau rasakan bahawa beliau sendiri boleh menghasilkan sesebuah karya dengan latar belakang beliau sendiri sebagai orang industri. Beliau ditemui ketika majlis pra tonton dan sidang media The Hantus di Wow KL baru-baru ini.

 

 Foto sekitar Majlis Pratonton dan Sidang Media The Hantus

 

''Idea mewujudkan FTV ini disebabkan kebetulan saya tengok video viral balai polis yang pintunya terbuka sendiri....'' Uar Nabil Ahmad

 

"Komedi juga datang dari sesuatu yang serius.....'' Ujar beliau lagi.

 

Beliau juga yakin The Hantus merupakan sebuah komedi seram yang lain dari yang lain dan di luar kotak pemikiran dan sesuatu berbaloi untuk dilanggan di Astro First Eksklusif.

 

Berlatarkan skrip dan plot penceritaan yang kuat, ‘The Hantus’ diperhebatkan lagi dengan penampilan barisan selebriti popular seperti Faizal Hussein, Alif Satar, Hannah Delisha dan Khatijah Tan yang memegang watak utama.

 

The Hantus mengandungi lima (5) bab jalan cerita iaitu kisah Din Pekak seorang pemandu bas ekspress, Abang Volkswagen Kuning, Fami (Alif Satar) bersama rakan-rakan baru di Taman Tema Mimaland, Fami berkenalan dengan Dhiya (Hannah Delisha) dan Sorotan kembali fami menaiki bas ekspress yang kemalangan.

 

 

 Foto sekitar babak-babak dalam FTV The Hantus

 

‘The Hantus’ bakal bersiaran di Astro First Eksklusif, saluran 480 mulai 15 Jun 2018 (Jumaat), bersempena dengan sambutan Aidilfitri yang akan datang ini. Dengan hanya RM 15.00, penonton boleh menonton ‘The Hantus’ dengan berulang kali dalam tempoh 48 jam (2 hari) dari waktu pembelian. Untuk pilihan yang lebih fleksibel, ‘The Hantus’ boleh turut didapati menerusi platform digital, ‘on demand’. MYBUZZ!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.