Container Kebab Mula Bertapak Di Malaysia Julai Ini

June 11, 2018

 

Foto dari kiri: Alvern Lin-Pengarah CK Sdn Bhd, Kenny Poh-Pengarah Urusan CK Sdn Bhd, Pak Hendy Setiono- Presiden Pengarah, Baba Rafi Enterprise dan Khalil Idaoumahmoud- Pegawai Pembangunan Perniagaan Antarabangsa

 

 

Baru- baru ini satu perjanjian diantara di Master Franchisee jenama makanan popular di Indonesia Container Kebab by Baba Rafi dimeterai bersama Container Kebab Sdn Bhd bagi membawa jenama tersebut di Malaysia.

 

''Kami percaya dan yakin bahawa jenama ini akan mendapat tumpuan oleh masyarakat Malaysia di mana makanan atau produk berasaskan kebab direka khusus untuk menepati selera masyarakat tempatan...'' Ujar Encik Kenny Poh, Pengarah Urusan Container Kebab Sdn Bhd.

 

Container Kebab merupakan jenama yang terkenal dan sudah mempunyai lebih 1,300 cawangan di pelbagai negara mulai di Indonesia sejak 2003 hasil inisiatif Pak Hendy Setiono. Antaranya negara-negara tersebut ialah Filipina, Qatar dan beberapa negara lain di Timur Tengah.

 

''Saya yakin selaku Franchisee Utama Container Kebab by Baba Rafi, Malaysia merupakan negara yang masyarakatnya dapat menerima baik makanan-makanan yang berasaskan kebab. Kami juga akan memperkenalkan Kebab Nasi Lemak bagi memenuhi permintaan dan citarasa masyarakat setempat...." Ujar Pak Hendy Setiono, Presiden Pengarah Baba Rafi Enterprise.

 

Encik Kenny Poh juga mengalu-alukan usahawan-usahawan  yang berminat untuk mengusahakan Container Kebab secara licensing atau kerjasama perniagaan 'joint venture' supaya jenama ini dapat mengukuhkan pasarannya di Malaysia.  Beliau juga menjangkakan sekitar 20 ke 30 cawangan akan dibuka dalam masa setahun.

 

 Foto sekitar majlis menandatagani perjanjian Container Kebab Malaysia bersama Master Franchisee Container Kebab Indonesia yang telah diadakan di Glo Damansara.

 

 

Dengan kemampuan kos permulaan perniagaan sekitar RM120,000 hingga RM150,000 menjadikan  peluang emas kepada mereka yang ingin membuat pelaburan serta menceburi bidang F & B.

 

 Rajah Container Kebab

 

 

 Pek Container Kebab

 

 

Cawangan pertama Container Kebab akan dibuka di Wangsa Walk Mall sekitar bulan Julai ini dan sekaligus merupakan cawangan sulung di Malaysia. Di samping itu, sedikit hasil jualan Container Kebab Malaysia akan disumbangkan kepada The Hope Factory bagi mengutip dana untuk membantu kepada mereka yang memerlukan dalam 6 keadaan keperluan kritikal iaitu Save A Life, Protect The Children, Shelter The Homeless, Educated Our Future Leaders, Feed The Hungry dan Rescue The Abandoned Animals dengan penjualan air mineral 500ml.

 

Sebarang info lanjut anda boleh hubungi Encik Kenny Poh di talian 016-9321663 atau melalui emel ke kenny@containerkebab.com.my atau ikuti mereka di laman sosial Instagram Container Kebab dan  Facebook Container Kebab. MYBUZZ!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.