Tulus Bakal Gegarkan Istana Budaya September Ini


Diam tak diam hampir 7 tahun Tulus menantikan saat dan sekaligus menghiburkan peminat beliau di Malaysia. Sebuah Konsert Mini dijadualkan akan diadakan di Istana Budaya pada 18 September ini anjuran Shiraz Projects dengan kerjasama TulusCompany.


Penyanyi Solo kelahiran Bukit Tinggi Sumatera Barat, Indonesia ini telah merakamkan 3 buah album iaitu Tulus (2011), Gajah (2014) dan yang terbaru MONOKROM tahun 2016. Lebih 50 Anugerah dan penghargaan dalam dan di luar negara yang diterima beliau sejak menjadi insan seni ketika pada mula suka-suka dan akhirnya menggapai impian yang cukup membanggakan buat beliau.


''Saya berasa gembira dan teruja sekali dapat bertemu peminat-peminat di Malaysia dan tidak sabar menghiburkan anda semua september nanti......'' Ujar Tulus ketika ditemui di acara 'Up & Close'' bersama rakan media di Bait @ The Intermark Kuala Lumpur baru-baru ini.


Semasa majlis itu juga Tulus turut melancarkan Album MONOKROM untuk pasaran Malaysia mulai 1 Julai ini.

Dari kiri Tulus dan Shirazdeen Karim, Penerbit Eksekutif Shiraz Projects bersama-sama ketika pelancaran Album Monokrom di Malaysia

Antara lagu-lagu hits beliau, Pamit (dimuat dalam album MONOKROM) telah mencecah melebihi 34 juta tontonan. MYBUZZ!

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.