BLOK 404:FILEM GILA TAPI BUKAN HIPOKRIT!

Telefilem bercorak cemas dan seram, Blok 404 arahan Silver Chung yang pernah mencetuskan fenomena ketika diedarkan dalam format video cakera padat (VCD) sekitar 2001, kini difilemkan. Pernah menghantui penggemar cerita seram kira kira 17 tahun lalu, pastinya versi filem ini antara karya yang sudah ditunggu lama sekali gus mengubat kerinduan mereka yang sukakan genre sedemikian Penggambaran filem ini diadakan sejak 8 hingga 21 Jun tahun lalu di beberapa lokasi seperti Rumah Kebun Hulu Langat dan di sekitar Kuala Lumpur termasuk di Jalan U Thant, Ampang dan Rumah Sri Kenangan, Cheras.

Telefilem Blok 404 terbitan tahun 2003


GABUNG BARISAN PELAKON ASAL DAN BARU

Masih mengekalkan deretan beberapa orang pelakon asal seperti Zamarul Hisham, Raja Azrey dan Datuk Boy Iman, filem yang diarahkan Isma itu turut membariskan beberapa wajah baru seperti Fasha Sandha, Nur Risteena Munim, Amar Asyraf, Nadia Brian Aedy Ashraf dan Adrea Abdullah. Tak ketinggalan Kamal Adli, Kilafairy, Azrel Ismail, Izreen Azminda dan Taufik Hanafi.

Barisan pelakon , penerbit dan pengarah filem Blok 404

Menurut Penerbit Esekutif filem Blok 404, Kam Abd Manap, usaha menyatukan kembali bintang asal Blok 404 dengan disokong pelakon lain sudah lama difikirkan dan akhirnya menjadi kenyataan. "Impak cerita ini sangat bagus suatu ketika dulu, jadi kenapa tidak kita kumpulkan semula pelakon yang masih ada. Pihak kita juga berusaha untuk mendapatkan pelakon asal Nabila Huda, namun dia ketika ini terikat dengan kerja lain." kata Kam. “Alhamdulillah pihak penerbit DBI Entertainment juga berjaya mendapatkan pelakon terkenal untuk memberikan rencah lain dalam filem ini. Penggambaran filem ini juga masih berbaki sehari yang akan diadakan tak lama lagi,” tambah Pengurus Besar DBI Entertainment, Lyana Zulkepli atau Becky. Menurutnya lagi, versi filem juga tidak mempunyai kaitan dengan telefilem berkenaan. "Ia sebuah cerita baharu dan bukan kesinambungan kepada kisah lama. Sepanjang penggambaran kita juga tidak berdepan kesukaran dan komitmen yang diberikan pelakon juga sangat baik,” katanya mengkakhiri perbualan. GARAPAN BERANI MATI ISMA MENJADI


Tidak ada banyak potongan babak oleh LFP! Itu kenyataan yang dikeluarkan oleh Isma, pengarah filem Blok 404. Yang ada cuma ‘silent scene’ untuk beberapa babak yang melibatkan pelakon mengeluarkan bahasa ‘kesat’ serta ‘blurred scene’ untuk babak yang memperlihatkan Hairi, lakonan Amar Asyraf ‘membancuh’ adunan ganja. Menurut Isma lagi cubaan beliau ini berjaya kerana beliau telah mengikuti segala garis panduan yang diberikan oleh pihak LPF sebelum menjalankan penggambaran filem ini.


Isma turut menambah babak negatif seperti aksi ranjang ,tidak bermoral dan dadah yang dipaparkan dalam filem ini bukan untuk ‘menjual’ atau menarik perhatian penonton ke panggung tetapi setiap babak diselitkan mesej bagi memberikan kesedaran supaya penonton dapat berfikir serta membuat pilihan sebelum melakukan sesuatu perkara buruk.


“Sekarang ini kita berada di Malaysia Baharu, sewajarnya para penggiat filem berani menghasilkan filem yang telus dan tidak hipokrit”, ujar Isma sebelum mengakhiri sidang media bersama wartawan dan bloggers.

PENGARAH : ISMA IDEA ASAL : ADZA EMIE & ALLAHYARHAM MARTIAS ALI SKRIP : ADZA EMIE & ISMA PENERBIT : DATO BOY IMAN PENERBIT EKSEKUTIF: KAM ABDUL MANAF PENERBIT BERSEKUTU: DATIN IDA ANAS PENYELARAS PENTADBIRAN : LYANA ZULKEPLI @ BECKY / REZA J BASRI TERBITAN : DBI ENTERTAINMENT SDN BHD

WATAK & PELAKON UTAMA WAN – RAJA AZREY HUSIN - ZAMARUL HISHAM ZUL - DATO BOY IMAN HAIRI - AMAR ASYRAF MISHA - NUR RISTEENA SUE - FASHA SANDHA GINA - ANDREA ABDULLAH INTAN - NADIA BRIAN DUAN - AEDY ASHRAF KAMAL ADLI KILAFAIRY AZREL ISMAIL TAUFIK HANAFI IZREEN AZMINDA

Antara babak-babak menarik dalam filem 'Blok 404'

Trailer rasmi filem 'Blok 404'

SINOPSIS PENUH

Tiga orang sahabat dalam pengembaraan terindah bagi melepaskan tekanan. Mereka adalah Zul, Intan dan Hairi, yang masing-masing mahu lari daripada masalah yang melanda. Intan dan Hairi juga pasangan terkenal di media sosial yang berdepan dengan masalah hubungan cinta yang kian rapuh juga , hubungan mereka semakin. Lalu kembara mereka ke sebuah lokasi pelancongan di selatan tanah air diharap dapat memperbaiki hubungan mereka termasuk di laman sosial. Dibawa juga bantuan rakan baik yang juga dianggap sebagai seorang ‘pengaman’ hubungan terbabit. Namun perjalanan mereka terhenti saat kereta yang dipandu tiba-tiba berhenti dan rosak di tengah jalan. Kini mereka tidak mempunyai pilihan lain daripada turun berjalan untuk dapatkan bantuan. Nasib baik Zul sempat ternampak sebuah rumah di bawah bukit yang dinamakan Guesthouse 404 dan berasakan mungkin boleh dapatkan bantuan di situ. Misha pula seorang pekerja yang baru memulakan tugasnya di Guesthouse 404, dan setiap gerak langkahnya dibantu oleh pengurus guesthouse terbabit, yang senang dipanggil Wan. Walaupun agak lambat menyelesaikan tugasnya namun dia sentiasa cuba untuk lakukan yang terbaik. Termasuk berdepan dengan pelanggan yang sangat menyakitkan hati seperti Gina Gina adalah seorang pelajar yang datang ke Guesthouse untuk dapatkan ketenangan, namun agak kecewa apabila tiada lelaki yang boleh ‘menjamu’ matanya di rumah tamu terbabit. Yang ada hanyalah Duan, seorang pemuda misteri yang pendiam dan banyak memerhatikan keadaan saja. Duan ke situ kerana mendapat jemputan untuk memberi ‘review’ mengenai lokasi terbabit, namun dirinya yang sangat mudah merasakan sesuatu yang kena menyebabkan sentiasa tak senang duduk. Wan sudah beberapa tahun menjaga Guesthouse 404, bersama pekerja terbaiknya iaitu Husin yang dianggap sebagai senior. Wan sudah boleh merasai kehadiran Misha tidak disukai oleh Husin namun dia perlukan pekerja wanita untuk membantu urusan kerjanya di situ. Lokasi rumah tamu yang terpencil dan di tepi sungai ditambah pula dengan ketenangan dekorasi di situ menjanjikan ketenangan pada sesiapa yang ada di situ. Zul, Intan dan Hairi yang melangkah ke rumah tamu itu pun jadi terpana. Rumah tamu itu turut mengamalkan konsep ‘disconnect to connect’ yang membawa maksud tiada kemudahan internet dan line telefon. Yang ada hanyalah alam untuk diterokai. Di saat itulah Zul terserempak dengan Gina yang sangat perlukan perhatian lelaki, dan terus mula saling menggoda. Majlis BBQ istimewa mula menanti semua yang ada di rumah tamu itu. Masing-masing bergembira saat itu. Misha bertambah takut apabila Duan memberitahu rumah tamu ini ada sisi gelapnya. Bagi pasangan sensasi media sosial, Hairi dan Intan, malam itu mereka mahu mulakan sesuatu yang baru. Bagaimanapun dijadikan cerita Intan ternampak mesej Hairi curang dengan gadis lain dan dia rasakan itulah peluang terakhirnya untuk tidak lagi bersamanya. Pelbagai cerita aneh mula terjadi ketika itu. Apakah yang terjadi sebenarnya? Apakah signifikan filem ini... Hidup Sampai Mati....

BTS: FILEM BLOK 404



Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.