DDKOIN BAKAL DILACAR, BCMY TINJAU PELUANG JADIKAN MALAYSIA HUB MATAWANG DIGITAL KRIPTO

June 30, 2018

 

 

Hari ini bila kita memperkatakan tentang matawang kripto "cryptocurrency" sudah pasti ramai yang mengaitkannya dengan Bitcoin, Etherium, Ripple, Cardano dan sebagainya. Lonjakan pasaran mata wang digital Bitcoin telah membawa kepada penciptaan banyak mata wang kripto yang pelbagai. Sementara itu banyak syarikat pengeluar mata wang kripto berpendapat, teknologi "blockchain" yang menunjangi penghasilan matawang kripto akan menjadi asas kepada  perubahan ekonomi dunia.

 

Matawang digital kripto merupakan matawang digital yang bebas dari sebarang pengawasan mana mana bank pusat. Transaksi mata wang ini boleh berlaku secara elektronik tanpa melibatkan orang tengah secara percuma. Jika nilai semasa mata wang bersandarkan kepada nilai emas dan perak, nilai matawang kripto adalah bersandarkan kepada nilai semasa permintaan dan penawaran matawang tersebut. Biarpun pelbagai isu timbul berkaitan sistem matawang ini, namun ia tetap digunakan secara meluas dan semakin popular

 

Nampaknya Malaysia turut tidak ketinggalan dalam perlumbaan untuk menjadi hub pengeluar matawang digital kripto. Sebuah syarikat bumiputera, BCMY Pte,Ltd. (BCMY) bakal menjadi syarikat pertama tempatan yang memperkenalkan matawang digital yang dikenali sebagai DDKoin (DDK) Julai ini, hasil dari pembangunan selama 2 tahun setengah yang bertunjangkan kepada teknologi 'Blockcahain'.

 

Dalam satu pertemuan santai bersama pengasasnya, Datuk Azrainuddin Zainal (foto) berkata matawang DDK dibangunkan hasil dari perkongsian idea beliau bersama isterinya Datin Nur Ezdiani (foto) serta kumpulan seramai 60-70 orang anak-anak muda yang berkerja di BlockSpace, telah memulakan langkah mencipta produk yang berasaskan teknologi "blockchain". Selain itu, mereka turut mengadakan bengkel dan latihan bagi memperkenalkan teknologi ini kepada umum.

 

Datuk Azrainuddin turut mengakui, langkah beliau dan kumpulan beliau untuk memberi kesedaran kepada umum tentang kewujudan teknologi blockcain ini kepada masyarakat tidak semudah yang disangka. Beliau dan isteri pernah ditahan atas tuduhan terlibat dalam aktiviti 'money laundering', namun itu tidak mematahkan semangat mereka. Sementara itu, Datin Nur Ezdiani turut menambah, satu kertas kerja laporan hubung teknologi blockchain serta produk-produk yang dihasilkan oleh BCMY telah dipanjangkan kepada pihak kerajaan untuk pertimbangan dan kelulusan. 

 

Dalam sesi taklimat ringkas di pejabatnya, Blockspace yang bertempat di Batu Caves, Datuk Azrai memaklumkan matawang digital DDK akan di senaraikan di Coinmarketcap, sebuah platform yang menawarkan pelbagai jenis matawang digital dari seluruh dunia dimana para pelabur dapat melihat sendiri pergerakan nilai seluruh matawang digital yang didagangkan.

 

"DDK akan di dagangkan pada harga USD190 seunit. Selepas disenaraikan di Coinmarketcap, nilainya bakal ditentukan berdasarkan permintaan dan penawaran oleh komuniti. Kita mengharapkan nilai DDK mampu berapa pada tahap 20 terbaik pasaran Coinmarketcap.

 

"Sehingga kini komuniti blockchain.my mempunyai lebih dari 200,000 keahlian yang terdiri dari 10 buah negara. Maklumbalas yang diterima berhubung pengenalan DDK amat memberansangkan" ujar Datuk Azrai

 

Datuk Azrai turut menambah masyarakat Malaysia khususnya tidak harus melepaskan peluang dan ketinggalan dalam memanfaatkan teknologi blockchain kerana perubahan yang dibawa oleh teknologi ini sangat cepat. Maknafaat teknologi blockchain bukan sahaja terhad dalam bidang kewangan malah banyak lagi serta kosnya amat murah. 

 

"Terdapat ratusan sistem dan aplikasi yang diwujudkan dalam tempoh setahun ini kerana sifat teknologi blockchain itu sendiri adalah terbuka dan telus. Sehingga kini terdapat beberapa universiti (KLIK) dan institusi kewangan dunia (KLIK)  sedang melakukan penyelidikan dan menggunapakai teknologi blockchain dalam transaksi mereka. Sewajarnya kita tidak melepaskan peluang ini". ulas beliau lanjut.

 

Sewajarnya kita mengambil tahu serta mengambil peluang akan manafaat teknologi blockchain ini. Kalau dahulu kehadiran internet memberi impak besar dalam kehidupan kita seharian, kini teknologi blockchain bakal beri impak besar pada masyarakat. Soalnya sekarang, sudahkan anda bersedia untuk berubah? Maklumat lanjut berhubung BCMY dan DDK boleh diperolehi di https://bcmy.io/  dan http://www.ddkoin.com/

 

KLIK - DDKOIN AWARENESS & EDUCATION PROGRAM

KLIK -  DDKOIN SLIDE

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.