Konsert Rock Search, Spider & Hujan Dibanjiri 10 Ribu Orang Pengunjung

July 1, 2018

Malam Sabtu 30 Jun lalu, Matrix Aidilfitri Festival anjuran Matrix Concept berjaya menarik hampir 10,000 orang pengunjung yang hadir bagi menyaksikan Konsert Rock terulung gabungan kumpulan lagenda Rock iaitu Search, Spider & Hujan yang telah diadakan di D'Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan (BSS).

 

Foto Kepadatan Pengunjung. Kredit Foto IG @hujanband & @ehhafishah

 

Lebih 15 buah lagu dipersembahkan kepada pengunjung sejak dari jam 9.30 malam sehingga berakhir jam 12.30 tengah malam itu. 

 

 Foto Sekitar Konsert

 

Dimulakan dengan persembahan Kumpulan Hujan yang menampilkan vokalis Noh telah mengamatkan konsert dengan lagu hits kumpulan itu antaranya lagu Obsesi.

 

Seterusnya diikuti oleh Kumpulan Spider oleh vokalisnya Tam yang juga cukup memberikan tenaga yang luar biasa kepada pengunjung yang mengikut rentak ketika kumpulan itu membawakan lagu Cinta Dewa-Dewi.

 

Akhirnya dengan kemunculan Peeeeewittttttt Amy selaku vokalis Kumpulan Lagenda Rock Search lebih mengamatkan lagi malam konsert luar biasa tersebut. Search turut membawakan lagu-lagu lagenda iaitu Pelesit Kota, Isabella dan banyak lagi.

 

  

Selain konsert ini juga, pada sebelah petangnya telah dianjurkan beberapa acara sempena menyambut bulan Aidilfitri antaranya hidangan hari raya seperti rendang, lemang, kuih muih dan sebagainya. Program ini adalah bertujuan menghargai penduduk BSS dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim diantara masyarakat setempat dan juga syarikat itu.MYBUZZ!

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.