UNIFI TV MELANCARKAN SALURAN FILEM 24 JAM PERTAMANYA – DUNIA SINEMA


unifi TV, perkhidmatan IPTV yang pernah memenangi anugerah di bawah Telekom Malaysia Berhad (TM), semalam meraikan pelancaran Dunia Sinema (Saluran 128), saluran filem 24 jam pertamanya, yang menawarkan pelanggannya filem tempatan terbaik dan seleksi filem Asian kegemaran ramai dari pelbagai genre antaranya Romantik, Seram, Aksi, Komedi dan banyak lagi.


Saluran berkenaan yang sebelum ini ditawarkan sebagai saluran atas permintaan (VoD) di unifi TV, Dunia Sinema kini boleh ditonton 24 jam tanpa henti sebagai salah satu saluran filem linear dan boleh dilanggani menerusi Pek Aneka dan Pek Ultimate atau secara ala-carte dengan hanya RM9 sebulan.


Dengan slogannya “imaginasi tanpa henti”, para peminat filem tempatan pastinya akan terhibur dengan filem-filem tempatan popular kegemaran ramai yang boleh ditonton di saluran Dunia Sinema antaranya Pekak, Ophilia, Adnan Sempit, Wawa Semput, Mendam Berahi, Mat Moto dan banyak lagi. Peminat filem popular dari negara Asia juga tidak harus melepaskan peluang untuk menonton filem popular arahan barisan pengarah terkenal antaranya filem ‘Ketika Cinta Bertasbih’ dan ‘Dalam Mihrab Cinta’ dari Indonesia serta filem blokbuster antaranya ‘Suddenly 20’, ‘May Who?’, ‘Ghost Ship’ ,’The Couple’ dari Thailand yang boleh ditonton dengan sarikata Bahasa Malaysia. Istimewa pada bulan Julai ini, pelanggan boleh menonton filem blokbuster tempatan antaranya Isteri Untuk Dijual, Abang Lejen, Nasi Tangas, Black Maria, Driving School, Make Me Shudder 2 dan banyak lagi.


Para pelanggan sedia ada unifi boleh mula menikmati saluran Dunia Sinema dengan melanggan pek unifi TV menggunakan alat kawalan jauh unifi TV. Jika anda bukan pelanggan unifi, kunjungi cawangan TMpoint yang berdekatan untuk menikmati penawaran perkhidmatan konvergens yang menggabungkan perkhidmatan akses Internet dan juga hiburan, semua dalam satu pakej! Saluran Dunia Sinema juga boleh ditontoni di mana sahaja menerusi aplikasi unifi PlayTV.



Mengulas mengenai acara berkenaan, Emily Wee, Naib Presiden, Perniagaan & Operasi Media, TM berkata, “unifi akan terus menerajui penawaran baharu yang membawakan pengalaman konvergens terbaik buat para pelanggan kami sama ada untuk melayari internet tanpa gangguan di rumah dan menggunakan peranti pintar atau menonton program kegemaran terbaharu mereka di unifi TV, walau di mana sahaja menerusi aplikasi unifi PlayTV, menepati janji TM, “Hidup Lebih Mudah”.”


“Dengan sokongan berterusan dan permintaaan yang semakin bertambah daripada pelanggan kami terhadap kandungan tempatan khususnya saluran filem tempatan, kami dengan sukacita memperkenalkan Dunia Sinema, saluran filem tempatan 24 jam pertama kami. Menerusi Dunia Sinema, kami membuka ruang kepada penggiat filem tanah air dan pada masa yang sama memenuhi permintaan dari penonton tempatan untuk menikmati filem-filem terbaik dari Malaysia dan negara Asia. Dengan pelbagai pilihan filem yang boleh didapati di Dunia Sinema dan saluran bertaraf antarabangsa yang lain di unifi TV, kami berharap dapat mendorong para pelanggan kami mencipta detik-detik sempurna bersama keluarga dan rakan dalam keselesaan di kediaman anda atau di mana sahaja menerusi aplikasi unifi PlayTV,” tambah beliau.


Pelancaran saluran Dunia Sinema telah berlangsung dengan bergaya di acara Fiesta unifi bertempat di Alamanda Putrajaya yang dianjurkan dari 28 Jun hingga 4 Julai, acara yang berlangsung sepanjang minggu ini bersempena dengan sambutan Hari Raya. Pelanggan unifi serta orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti, yang mempamerkan himpunan perkhidmatan unifi yang menawarkan pengalaman konvergens termasuklah unifi Home, unifi Wifi, unifi Mobile, dan unifi TV. Acara itu juga membolehkan pengunjung memenuhi keperluan mereka terhadap rumusan komunikasi terkini dan hiburan terhebat dari unifi.


Fiesta unifi juga menampilkan persembahan istimewa, permainan dan promosi khusus untuk pengunjung dari saluran-saluran tempatan unifi TViaitu HyppSensasi HD, HyppInspirasi HD, Salam HD dan Pesona HD. Pelakon dan selebriti terkenal yang hadir antaranya Liyana Jasmay, Amar Asyraf, Syazuwan Hassan dan Aisya Hasnaa turut memeriahkan pelancaran saluran Dunia Sinema (Saluran 128), apabila mereka juga menyertai aktiviti di acara berkenaan serta beramah mesra bersama peminat. Fiesta unifi turut menyajikan persembahan muzikal istimewa dari penyanyi sensasi Indonesia, Virgoun yang dibawakan oleh Pesona HD (Saluran 141), saluran hiburan Indonesia di unifi TV. Peminat penyanyi Indonesia itu amat teruja dengan persembahan lagu-lagu beliau yang popular. Di samping itu, artis dari Sony Music Malaysia, antaranya Dato’ AC Mizal, Sufian Suhaimi, Farisha Aisha, Insomniacks dan Bahiyya Hanessa juga membuat persembahan di pentas pada acara yang sama.


Saluran Filem Tempatan Khusus Untuk Peminat Filem Popular Tempatan


unifi TV kini menawarkan kepada pelanggan sebanyak 115 saluran secara keseluruhan dengan 67 saluran definisi tinggi (HD) – terdiri daripada 62 saluran premium, 26 saluran percuma, 2 saluran radio, 7 saluran Video-On-Demand (VOD) dan 18 saluran interaktif dalam pelbagai pakej yang berpatutan atau melalui pilihan ala-carte. Pada bulan April 2018, pek-pek Aneka Plus, Ruby Plus dan Varnam Plus ditambahkan kepada senarai pilihan pakej dengan 20 saluran tambahan yang merangkumi saluran kanak-kanak, hiburan umum dan gaya hidup bagi memberikan pengalaman yang lebih dipertingkatkan kepada para pelanggan. Untuk menonton saluran kegemaran anda di mana sahaja, muat turun aplikasi unifi PlayTV melalui Apple Store dan PlayStore atau layari playtv.unifi.com.my untuk versi pelayar di komputer.


Untuk maklumat lanjut mengenai unifi TV, layari www.unifi.com.my dan lawati laman media sosial di www.facebook.com/unifiTV (Facebook), www.twitter.com/unifitv (Twitter), www.instagram.com/unifitv (Instagram) dan www.youtube.com/tmyoutube (Youtube).

Mengenai unifi


unifi merupakan jenama Konvergens utama di bawah Telekom Malaysia Berhad (TM) yang menawarkan empat peneraju produk teknologi - unifi home, unifi mobile, unifi TV dan unifi wifi, di bawah satu bumbung.


unifi merupakan satu-satunya jenama di Malaysia yang menawarkan sambungan menyeluruh sebenar kepada pengguna, memenuhi kesemua keperluan komunikasi mereka - sama ada tetap, mudah alih atau nomad. Jenama ini amat komited untuk mencipta momen-momen bermakna buat para pelanggan dengan penawaran perkhidmatan konvergensnya, memberikan akses menyeluruh kepada rakyat Malaysia melalui unifi dan mewujudkan satu kesempurnaan detik dan akses.


Untuk maklumat lanjut mengenai unifi, layari www.unifi.com.my.


Mengenai TM


Telekom Malaysia Berhad (TM), Peneraju Konvergens Negara dan Penyedia Perkhidmatan Komunikasi Berintegrasi No. 1 di Malaysia, menawarkan himpunan perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi yang menyeluruh menerusi tetap (telefoni dan jalur lebar), mobiliti, kandungan, WiFi dan perkhidmatan pintar. Sebagai peneraju pasaran, TM dipacu oleh penciptaan nilai pihak berkepentingan dalam persekitaran yang amat kompetitif. Kumpulan juga sentiasa memberi tumpuan kepada pengalaman pelanggan yang dipertingkatkan melalui usaha-usaha peningkatan kualiti dan inovasi khidmat pelanggan yang berterusan, sambil memfokus kepada peningkatan kecekapan operasi dan produktiviti.


Untuk maklumat lanjut mengenai TM, layari www.tm.com.my.

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.