FESTIVAL MUZIK K-WAVE 3 DIBAWAKAN KHAS OLEH MCALLS KEMBALI DENGAN BARISAN BINTANG KPOP TERNAMA!

July 3, 2018

 

Selepas 7 bulan berlalu, Festival Muzik K-WAVE 3 kini kembali lagi ke Malaysia! Festival muzik yang mengumpulkan gabungan artis KPOP ternama Korea ini dibawakan khas oleh Mcalls dan  dianjurkan oleh MacpiePro dengan kerjasama MSR dijangka bakal memeriahkan industri hiburan tempatan.

 

Barisan artis seperti FTISLAND, EXID, MONSTA X, AOA, JEONG SEWOON, WJSN dan BOYFRIEND akan mencetuskan gelombang di Stadium Malawati, Shah Alam pada 18hb Ogos 2018 jam 8 malam.

 

Apa yang menarik kali ini, sebelum ini selama dua tahun berturut-turut festival muzik ini diadakan di tempat terbuka, kali ini penganjur memilih untuk mengadakannya di stadium tertutup sekali gus memberi peluang kepada peminat untuk melihat 39 idola mereka beraksi dalam 7 kumpulan lebih daripada 120 minit.

 

Lebih istimewa, peminat K-pop yang berusia antara 15-17 tahun (lahir pada tahun 2001 hingga 2003) berpeluang untuk menyaksikan konsert itu dengan harga tiket bernilai RM34. Kelompok yang sama serta pengguna Mcalls diberi keistimewaan untuk menyaksikan konsert itu hampir percuma iaitu hanya dengan menebus Pakej Masuk, iaitu dengan cara membayar hanya wang pemprosesan sebanyak RM4.

 

Pakej Masuk ke festival berkenaan merangkumi (tiket konsert + yuran pemprosesan + Sim Pek Mcalls Y33) yang menawarkan harga antara RM34 hingga RM498. Semua Pakej Masuk boleh didapati dengan melayari laman web www.mcalls.asia/kwave3.

 

Sila semak laman Facebook MacpiePro di @MacpiePro ataupun melayari laman web rasmi www.macpiepro.com untuk maklumat lanjut mengenai Festival Muzik K-WAVE 3 dibawakan khas oleh Mcalls ini.

 

 

FESTIVAL MUZIK K-WAVE 3 DIBAWAKAN KHAS OLEH MCALLS

🔹 Tarikh: 18hb Ogos (Sabtu)

🔹 Masa: 8pm

🔹 Tempat: Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.

 

CARA MEMBELI : Klik www.mcalls.asia/kwave3

 

HARGA PAKEJ MASUK (termasuk tiket konsert + yuran pemprosesan RM4 + SIM PEK Mcalls Y33 bernilai RM30)

 

Berdiri Bebas

• RM478 (Rock Zone) (Tempat Berdiri Bebas Terhad)

 

Tempat Duduk Bernombor

• RM498 (Long TV Zone M) (Tempat Duduk Terhad)

• RM398 (Mbooster Zone C)

• RM368 (Ecolite Zone Q (L), Dutch Lady Zone Q (R))

• RM298 (JBL Zone A)

• RM208 (Schwarzkopf Professional Zone L)

• RM168 (Ecolite Zone P (L), Dutch Lady Zone P (R))

• RM98 (Ecolite Zone S (L), Dutch Lady Zone S (R)) (Tempat Duduk Terhad)

• RM34 (Alpha Youth Package – Zone S (Berusia antara 15-17, lahir pada tahun 2001-2003)

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.