TUAH HASHTAG #SARAHSUNDAY BAWA SARAH SUHAIRI KE DUNIA HIBURAN

July 5, 2018

 

 

Sarah Binti Suhairi atau lebih dikenali sebagai Sarah Suhairi merupakan seorang pendatang baru dalam arena seni suara tempatan. Merupakan anak ke-2 daripada 4 orang adik beradik, bakat Sarah Suhairi dalam bidang nyayian mula disedari oleh rakan-rakan di sekolah seawal usia 11 tahun apabila beliau sering menyanyi untuk menghiburkan rakan-rakannya. Sarah Suhairi kemudiannya memberanikan diri untuk menunjukkan bakatnya di atas pentas apabila guru beliau meminta Sarah Suhairi untuk membuat persembahan sempena Bulan Bahasa Kebangsaan dan beliau membawa lagu “Nirmala” nyayian Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Bermula daripada itu, Sarah Suhairi kemudiannya kerap menjadi penyanyi di sekolahnya iaitu SMK Rawang, Selangor.

 

 

TUAH HASHTAG #SARAHSUNDAY


Berusia 18 tahun, Sarah Suhairi kerap membuat video cover nyayian penyanyi tempatan tanah air dan luar Negara di laman sosial Instagram miliknya @sarahsuhairi dan sehingga kini, Sarah Suhairi mempunyai pengikut seramai 110 Ribu orang. Penyanyi yang berasal daripada Rawang, Selangor ini kerap menggunakan tanda palang #SarahSunday untuk setiap cover yang dihasikan oleh beliau supaya lebih mudah untuk pengikutnya menonton setiap video beliau. Seawal usia 9 tahun, Sarah Suhairi telah mengikuti kelas muzik untuk bermain piano sehingga berusia 12 tahun. Daripada kelas muzik tersebut, pengetahuan Sarah Suhairi terhadap muzik terus meningkat apabila beliau telah meneroka secara sendiri bagaimana untuk bermain alat muzik ukulele dan gitar ketika berusia 14 tahun.


HOBI

 

Mempunyai hobi yang jarang dimiliki oleh kebanyakan orang, Sarah Suhari mempunyai seekor kuda yang sangat disayangi beliau yang diberi nama Joker. Sarah Suhairi mula menunggang kuda seawal tingkatan dua dan bermula daripada itu beliau telah banyak mempelajari sifat seekor kuda. Minat untuk memiliki kuda bermula daripada bapanya sendiri yang turut mempunyai dua ekor kuda yang diberi nama Zoro dan Love. Lebih mesra bersama bapanya, Sarah Suhairi kerap mempelajari dan mendapatkan rujukan terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan.


TERIMA LAMARAN MVM PRODUCTION

 

Telah dilamar sekitar pertengahan tahun 2017 setelah MVM Production melihat bakat yang dimiliki oleh beliau, Sarah Suhairi tampil menerusi single pertama ciptaan Room None dan lirik oleh Iman Imran yang berjudul “Pedih”. Single “Pedih” telah dilancarkan di saluran YouTube pada 2 April 2018 ini berkisahkan tentang perasaan seorang wanita yang sudah putus harapan dengan kekasihnya setelah kekasihnya itu berubah dan memungkiri janji yang telah mereka semai dalam ikatan percintaan. Sehingga kini, muzik video rasmi “Pedih” yang berlatar belakangkan ladang dan beberapa ekor kuda telah mencatat lebih 641 ribu tontonan di saluran YouTube dan memperoleh lebih 5 ribu likes.


KAGUMI DAYANG, ERNIE ZAKRIE & AIZAT AMDAN

 

Bakat baru iaitu Sarah Suhairi yang sangat meminati dan mengidolakan Dayang Nurfaizah sebagai penanda aras dalam bidang muzik ini berharap agar single pertama beliau dapat diterima baik oleh semua lapisan masyarakat di dalam Malaysia dan juga dapat bersaing secara sihat dengan penyanyi baharu tanah air. Turut meminati Ernie Zakrie dan Aizat Amdan, Sarah Suhairi berharap agar dapat bekerjasama dengan ramai lagi artis tempatan yang lain di masa hadapan.

 

"PEDIH"


Single “Pedih” boleh didengarkan menerusi saluran radio tempatan dan juga muzik digital iaitu Spotify, Apple Music, JOOX, KKBOX dan Deezer. Untuk mendapatkan perkembangan terkini Sarah Suhairi dan semua artis dibawah naungan MVM Production, boleh ikuti media sosial Instagram @mvm_production, Facebook page @mvmproduction dan juga Twitter @mvmproduction.

 

Artis : Sarah Suhairi
Tajuk : Pedih
Komposer : Room None
Lirik : Iman Imran

 

 

tiada ku sangka engkau berubah
lupakan janji kita
katamu dulu engkau milikku
hati menyatu sayang
entah mengapa engkau berubah
tiada lagi kasih
mana silapnya cinta ku beri
tiada lagi kau genggam kini

 

tiada lagi cinta
tinggalah ku sendiri
menahan rasa sakit ini pedih
pergilah engkau pergi
jangan pernah kembali
biarku pujuk hati sepi

 

mana silapnya cinta ku beri
tiada lagi kau genggam kini

 

tiada lagi cinta
tinggalah ku sendiri
menahan rasa sakit ini pedih

 

 pergilah engkau pergi
jangan pernah kembali
biar ku pujuk hati sepi

 

mungkin kau tidak layak tuk diriku
mungkin takdirku bukan untukmu
kau khianati cinta suciku

 

tiada lagi kita
menahan rasa sakit
pergilah engkau pergi
jangan muncul kembali
biar ku pujuk hati
tinggalah ku sendiri
menahan rasa sakit ini
pergilah engkau pergi
jangan pernah kembali
biarku pujuk hati sepi pedih

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.